Sunday, 10 August 2014

MEMORI AIDILFITRI 2014

Memori raya tahun 2014, tahun keempat kami beraya.
tahun ini raya berempat pula. ;)
raya pertama untuk adik Dhiya.

Potret raya kami tahun ini bertemakan warna ungu.

Salam Aidilfitri, & maaf zahir batin dari Azri's family.



THE SAFIYAS

Princess ibu sekarang dah ada 2 orang.

1 : Nur Qisya Safiya (now 3 years 3 months)
2 : Nur Dhiya Safiya (now 8 months)

Senang sikit nak ingat. hihi.
Reason nama kedua bernama Dhiya sebab suku kata 'ya' sama dengan safi'ya'. boleh gitu? hihi.

Actually nama dhiya ni simple dan rasa sangat soft untuk disebut. Ibu hope Adik Dhiya selembut nama adik ye.
Lembut tapi tegas berpendirian,
Jadi lebih baik dari ibu.
Biar garang/sombong dengan lelaki, tetapi hormat orang tua, guru, rakan2, dan lembut pada suami ok? hihi.
Sebab most kawan2 ibu dulu pun kata ibu ni sombong. kikikiki!
Padahal ibu ni pemalu, dan geli dengan lelaki gediks dan perasan hamsom.
bukan sombong kerana riak, tapi sombong menjaga kehormatan & adab sopan.

jangan marah ya kaum lelaki.
Pilihlah bakal isteri yang ada sifat malu pada kaum adam, hormat pada yang lebih tua,
biar dilihat sombong denga lelaki kerana kehormatan, kelak gadis inilah yang paling ekslusif untuk suaminya. ;)




Tuesday, 22 April 2014

KAKAK CICHA DAH BESAR!

Lama saya tinggalkan rumah qiss me mummy ni. konon-konon nak buat diari setiap perkembangan Cicha. Sekarang sampai dah tukar title Kakak Cicha pun, dah jadi macam rumah hantu dah blog ni. hihihi.

Kakak cicha dah nak masuk 3 tahun bulan depan tarikh 3 May 2014. Besar dah anak ibu. Kawan ibu. Kesayangan ibu. Cinta ibu. macam-macam ragam dan keletah yang menggembirakan dan menghiburkan ibu. Tak kurang jugak yang menaikkan darah ibu. kihkih. ;p

Banyak dah ibu terlepas mencoretkan perkembangan kakak cicha. 
  • cicha petah bercakap. Tapi masih pelat & bunyi macam kartun juga.
  • belum masuk umur 1 tahun kakak cicha dah pandai bertutur.
  • gigi kakak cicha mula tumbuh pada usia 4 bulan. 4 batang sekaligus bahagian bawah. Setahun dah penuh gigi. Menggigit pun boleh tahan.
  • merangkak pertama kali pada usia 9 bulan di masjid putrajaya. amik berkat.
  • kakak cicha mula bertatih usia 11 bulan, dan kemas berjalan pada usia 1 tahun.
Banyak lagi, tapi ibu coretkan yang penting dulu ye. Hari ni kongsi gelagat baru kakak yang dah besar.


# seronok dapat tudung baru kaler pim!#

salam sayang ~~
Ibu cia

Wednesday, 28 November 2012

DAKU TIDAK BOLEH BERJAUHAN DARIMU..

Semalam keluarga mertuaku bermalam di rumah kami. mereka bukan tinggal jauh sgt pun. selalunya tak tidur pun.hihi. tapi disebabkan mereka baru sahaja pulang dari menziarahi saudara mara di KL, singgah berehat sebentar bersama kit-kat..eh, boikoi...singgah sebentar di rumah kami. hihi. sebenarnya, kereta keluarga mertua saya telah masuk bengkel kerana kemek dilanggar bahagian bonet. padahal baru je lepas servis pagi tu, yang langgar tu pulak encik Mohd Hilux..tau je la jadi ape kt CIK nURUL saga kn..

Nak dijadikan cerita, terpaksalah keluarga mertua saya menggunakan kereta suami saya. jadinya tinggal satu kereta sahajalah. sebelum ni 1 kereta saya bawa ke pejabat kerana perjalanan saya jauh. lesen motor pun takde. hihi. encik Mohd hasben bawa keretanya untuk ke pejabat dan hantar cik Qisya ke rumah pengasuhnya. Encik Mohd HASBEN KENA HANTAR SEBAB DAH SATU WAY, KALAU SAYA HANTAR, TERPAKSA LA SAYA PATAH BALIK DARI CHANGLUN - PAUH - CHANGLUN - ALOR SETAR.

SEBENARNYA SAYA NAK CERITA YG MASA MERTUA SAYA NK PULANG KE RUMAH MEREKA, QISYA PUN SIBUK NK IKUT. BILA KITA ACAH KATA 'Tok nak balik dh..' dia pun siap2 amik selimut dia, botol susu & turtle dia. pegi kt pintu konon2 sampai la nk tekan tombol tu..pastu ckp 'pat aa..!' atau bahasa kita disebut cepat la..!. lepas tu tok wan dia angkat dia n bawak pegi kereta, seronok bukan main. qisya mcm nk sgt ikut, bila saya ajak masuk, dia tak mahu. mertua saya cadang nk bawak balik je dia. tp saya x setuju. bukan apa, qisya masih lagi menyusu badan malam2. tak biasa lg tak tidur dengan saya...

dan yang sebenar-benarnya....

saya tak boleh tidur jauh dari dia! tak boleh bayangkan berjauhan dgnnya, terutama malam2. mesti nak peluk2 duduk bawah ketiak ibu, sambil nenen. peluk selimut dan turtle dia adalah perkara wajib. macam mana saya nak berjauhan dgn dia? belum lagi masanya.. tunggu qisya besar sikit ek..





BILA CIK QISYA PANDAI JALAN

Bila tengok cik qisya ni berlari keliling rumah, sambil cakap "layi, layi,,wuuhu..!" sambil sebelah tgn macam org tgh gergaji atau atlit tgh fokus lari 100 meter tu, teringat pulak saya masa memula dia baru pandai jalan n lari & jatuh bergilir-gilir. kelakar pulak setiap kali tgk balik video tu. hihi.

masa tu qisya baru je pandai jalan, start bertatih masa umur 11 bulan dan dh boleh jalan elok cukup setahun. kami pergi menghadiri jemputan perkahwinan kawan baik saya masa sama2 belajar di UIA dulu. Fitri Salwa nama dia. masa kenduri tu, qisya baru je masuk 1 tahun. kami pergi masa akad nikah di masjid terdekat sambil bawa si kecik ni la. yela takkan nak tinggal kot.hihi. masa majlis akad nikah tu, ramai la budak2 kecik sedara -mara fitri saya rasa berlari-lari main kt dalam masjid tu. budak-budak, tahu jela.. si cik qisya? uihh.. sibuk jugakla dia, padahal awak tu la yg paling kecik sekali. jom tengok video yg sempat saya rakam masa tu.


video

Tuesday, 13 November 2012

KENAPA SAYA GEDIK NAK BELI SMARTPHONES?





Smartphones? Telepon bijak, eh..telepon pintar..hebat jek bunyiknye kn? Yang saya dengar sekarang tentang telefon pintar ni ada android, whatapps, yang ntah hape gunanya pun saya tak tahu. Yang saya tahu bila guna telefon ni hanyalah untuk call dan message sahaja.

Kalau nak tahu, sebelum-sebelum ni saya pakai handphone bekas-bekas orang je, atau the other word called secondhand bila encik husben berbunga-bunga nk beli handphones canggih-manggih. Jadilah saya waris telekomunikasi yang dah kembang kena gigitan dan air liur si Qisya. Walaupun ada camera dan macam-macam lg fungsi canggih, tapi saya tidak pernah terpanggil untuk gunakan fungsi lain selain mesej dan call. Tak tahulah kenapa, (tapi tahu rasanya=malas) mungkin ianya belum penting lg buat saya. nak internet connection? Saya bukak fb pun taktau nk buat apa, tgk2 status orang je. Pastu boring. Blogwalking adalah kegemaran saya, tapi blogwalking hanyalah untuk suka2, buat apa nak membazir sambung internet kt phone. Main game? Buang masa je, tak masa nak main pun dan mengabihkan bateri saja. Nak berlagak? Kering poket saya kalau nak berlagak je..sedar diri ini sudah..sob, sob..

Namun, kenapa sekarang baru nak sibuk menggedik-gedik nak guna smartphones? Langkah kearah kehidupan yang lebih positif dan Berjaya pemangkin tindakan kita. Saya memerlukan smartphones untuk kelancaran saya berhubung dengan pelanggan yang rata2 menggunakan tenologi internet di hujung jari anda.kihkihkih! nampak sangat saya ni ketinggalan zaman.hihi. kalau dahulu fungsi telefon pada saya amat limited, namun sekarang saya tahu kenapa saya perlukannya, dan dengan melabur membeli smartphone yang mencecah 4 angka tu, saya akan dapat pulangan yang lebih baik! Selain itu, perkhidmatan kita bersama pelanggan dapt dipertingkatkan. Di samping membantu meningkatkan perniagaan kita, dapat juga eksyen dengan hanphones canggih kn? Sebelum ni tak mahu ambil tahu fungsi2 lain sebab tidak memerlukannya, namun sekarang sibuk belajar bermacam2 teknologi canggih masakini. Semuanya demi bisnes lebih maju. Menarik bukan? 

Wednesday, 26 September 2012

CONSUMING SHAKLEE : ENERGISING SOY PROTEIN (ESP)



Masa zaman2 anak dara sunti dulu, saya tidak pernah kenal apa itu supplement. Pada saya, yang berbiji-biji tu semuanya ubat, untuk menyembuhkan penyakit. Kalau tak sakit, tak perlu makan. Nak makan pulak, takut overdose. Kecik2 dulu saya ada la makan vitamin, yela vitamin perasa oren tu. Sedap kot. Jadi, pada saya vitamin semua yg sedap dan ada rasa oren. Yang pahit2 tu adalah ubat. Sempit sungguh daya pemikiran waktu itu.

Semuanya bermula sehinggalah saya terjumpa sebuah kedai menjual barangan bayi di sekitar office saya di Alor Setar. Waktu itu saya perlukan pam susu untuk stokkan susu perahan anak saya. Dalam pada itu, beliau menyarankan saya mengambil supplement untuk membanyakkan susu. Saya google macam2 produk penggalak susu, namun tertarik akhirnya dengan ENERGISING SOY PROTEIN (ESP) kerana ia bukan sahaja penggalak susu, tp dapat memekatkan susu juga! Dulu, Qisya selalu bangun malam, paling kurang pun 4 kali 1 malam. Sebelum ni saya memg tidak cukup tidur, letih, badan lenguh2 kerana terpaksa memangku Qisya sambil menyusu. Pada masa itu saya tak pandai lg menyusu sambil baring malahan qisya kecil lg. Takut tertindih masa tidur. Saya selalu mengadu pada suami yg saya letih, mengantuk semasa memandu dan di tempat kerja, sakit2 badan yg xberkesudahan ditambah pula perlu memandu ke ofis yg memakan masa hampir sejam.


energising soy protein (esp)

Akhirnya saya terjumpa satu testimoni di blog yg mempunyai masalah yg sama mcm saya. beliau kini dapat tidur lena, dan tidak lg mengantuk di tempat kerja. Rahsia beliau? Kini bukan rahsia lagi..hihi. beliau kongsikan info bahawa anak yg kerap berjaga malam itu kerana lapar. Namun susu ibu cepat diproses dan agak cair berbanding susu formula. Susu formula mempunyai lemak yg membuatkan anak kenyang pada jgka masa yg lama. Namun, sekiranya terlalu kerap bangun malam, akan membuatkan si ibu kurang tidur dan letih malahan emosi dan fizikal anak juga mungkin memberi kesan kerana tidurnya yg terganggu.

Oleh kerana salah satu manfaat ESP adalah dapat memekatkan susu, supaya anak lebih kenyang, yela, macam kita makan sup kosong atau sup cendawan, mana lebih kenyang? Tentulah sup cendawan kan..jadi, saya bertekad untuk mendapatkannya.
Harga agak berpatutan juga, dengan container yg besar pulak tu. Kita hanya perlu minum 1 sudu ESP bersama 1 cawan minuman pilihan. But NO to minuman berkafein ye. Juga tidak boleh diminum dengan air panas, hanya suam dan sejuk sahaja. Boleh dicampur dalam milo, susu, ribena, air masak, atau apa saja. Saya selalunya hanya minum bersama air masak kerana itu pun dah cukup. SEDAP..memangla tidak sesedap soya yeos/drinho tu, tapi rasanya lebih kurang saja, cuma kurang manis. Walaupun teksturnya serbuk, tetapi bila dikacau rapi dengan air, tidak berketul & berkeladak pun.

Oh, meleret pulak cerita ciri-ciri ESP. Huhu. Takpe, cara nak makan, keistimewaan ESP ni, dan byk lg akan di-update secepat mungkin dalam next entri k?

Mari kita dengar hasilnya selepas minum ESP terhadap masalah kerap bangun malam menyusu tadi!

Ya, Qisya sgt lena tidur! Kini cuma bangun menyusu 2 kali saja! Yela, tak bangun nanti kurang la pulak susu coz no demand kn? Saya kini tidak lagi mengantuk semasa memandu, tiada lagi sakit belakang, sakit badan, sakit pinggang even sakit kepala kerana kurang tidur. Selain itu, minum ESP di waktu pagi dapat mengenyangkan tatkala tidak sempat bersarapan di rumah dan dapat kurangkan rasa lapar tidak bermaya semasa dlm perjalanan yg jauh tu. Banyak sgt keistimewaannya sebenarnya, dan ESP adalah produk SHAKLEE yang terlaris kerana semuanya dalam 1. Salah satu sebab saya memilih ESP adalah kerana saya ni sebelum ni adalah seorang yg liat untuk makan ubat kapsul ataupun biji. Hihi. Tapi itu dulu la..setelah tahu bermacam manfaat produk2 SHAKLEE ni, saya tidak lg cerewet makan vitamin untuk kesejahteraan rumahtangga!

Macam2 lagi kelebihan SHAKLEE ni. Nak jana income pun boleh. Berminat dengan produk? Atau ingin menjana income bersama SHAKLEE? Boleh email saya di :

nazirah.abdullah@yahoo.com