Wednesday, 5 October 2011

QISS: ARE U READY FOR SOLID FOOD?


Hari ni saya nak bercerita tentang persiapan saya untuk menempuh ke fasa baru dalam hidup my darling qisya. Yela, dah nak masuk 6 bulan, fasa sekarang adalah menyediakan solid food untuknya a.k.a makanan pertama bayi selepas eksklusif milk for 6 months. 

For now, im searching for the info to prepare solid food for her. Actually, it is so interesting coz zaman sekarang sgt senang mencari ilmu terutama searching in internet via websites n blogs. Sebelum ni, saya cuma tahu yang bayi diberikan nestum saje. Rupanya byk kaedah yg lebih menarik n creative untuk menyediakan solid food ni! 

Cuba jengah2 blog2 breastfeeding, cloth diapers, n byk lg. info n experience mereka2 ini sgt menarik tau! Ini adalah salah satu daripadanya memberi inspirasi kepada saya. 


BILA SAYA BOLEH BERI QISYA SOLID FOOD?

               KEMENTERIAN KESIHATAN menyarankan supaya kita menyusu badan secara ekslusif sehingga bayi berusia 6 bulan. Menyusu secara ekslusif bermaksud memberi susu ibu sehingga 6 bulan tanpa susu formula ataupun air masak. Selepas 6 bulan, susu badan sahaja tidak lagi memberikan bayi nutrient yg mencukupi. Mula memperkenalkan makanan pepejal selepas 6 bulan adalah baik untuk meminimakan risiko alergi terhadap makanan.

So, macam mana saya nak tau qisya dah sedia ke nak makan solid food ni? Haa..,ini antara info yg saya dapat:

1] Bayi Boleh Mengangkat Kepalanya Dan Mengekalkan Posisi Itu.

Maksudnya, bayi anda perlu kuat untuk mendongak dan memasukkan makanan yang disuap dgn sudu. If  x boleh angkat kepala dengan stabil, mesti makananakan  tumpah kalau kita suap kn?

2] Dapat Duduk Dengan Baik Apabila Dipegang.
Mula-mula anda mgkin perlu memegangnya. Anda boleh cuba tegakkannya di hujung sofa atau sandarkan di atas seorang dewasa. kerusi tinggi bayi hanya boleh digunakan setelah bayi anda boleh duduk dengan sendiri.

3] Melakukan Pergerakan Menguyah.
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang  mulutnya dan menelan. Apabila bayi sudah pandai menelan dgn baik, anda akan dapat melihat air liurnya sudah kurang meleleh.

4] Berat Badan Naik Secara Sihat
Apabila berat badannya sakarang sudah pun naik lebih 2 kali ganda semasa lahir, ini menunjukkan dia sudahpun bersedia untuk solid food! If bayi anda masih belum mencapai berat normal, berbincanglah dgn doctor.

5] Bayi Anda Amat Berminat Melihat Makanan Yg Anda Makan!
Bayi anda tekun melihat anda mkn, dan apabila anda ingin mengambil makanan dari pinggan, dia juga akan seolah2 ingin mengambilnya.

*Mcm baby Qisya, habis ditepuk2 meja semasa saya pangku dia time kami  mkn. Qisya ni bila kami mkn je, dia pun sibuk nak bgn. Sejak kecik lg mcm 2. Msa buka puasa pun dia buka sekali.hehe.

Okey, sampai sini je untuk persiapan awal solid food qisya. Nanti saya dah start bg mkn, saya upload gmbar kt cni ek! Selamat membaca!!

2 comments:

SUFI HOME said...

Salam, great info, baby kalau dah start nak makan memang akan ada ciri-ciri mcm di atas.

Qiss Me Mummy said...

tu la..tp saya cdg nak bg when she turns to 6 months.but parents dh ckp2 gk suh bg skrg, ckp qisya lapr la, xcukup susu la..how to face this ek? nak bg mkn dah ke tak?