Saturday, 17 December 2011

KiSaH BeNaR : TRAGEDI TUNGKU MODEN

Sedang saya beronok-ronok blogwalking, saya terjumpa n dengan sengaja membaca 1 blog ni.. 
"kasih kami tiada penghujung"
[ http://fiezwan-syakil.blogspot.com ].

saya scroll ke bawah n terbaca tajuk yg menarik mata saya, tentang tungku moden yang dipakainya..bukan nak kondem tungku moden, tapi menjadi pedoman bersama-sama agar berhati2 menggunakannya..jom kita baca: 
[ pss..minta izin ye tuan punye blog..]
"...Aku percaya ramai gak diluar sana pengguna tungku moden ni. Sebab senang dan praktikal kan. Aku jugak salah seorang yang membeli tungku ni sebabnya aku mmg tak de tungku besi or batu. Tapi aku yang aku sangat kesalkan kerana alat moden ni la anak aku yang jadi mangsanya..

Tak dinafikan setiap barang yang dijual msti dah diuji selamat sebelum dipasarkan. Aku jugak percaya tungku ni ada ciri2 keselamatan tapi mungkin nasib aku kurang baik sebab dapat alat yang defect atau rosak. Akibatnya anak sendiri menjadi mangsa.

Citernya macam  ni. Kejadian berlaku hari ketiga aku berpantang. Pagi2 aku arahkan mr hubby panaskan tungku tue mean chargekan la sebab aku nak bertungku. Umah aku  ni plug semua kat bawah so charge dekat bawah la. Syakil lak baring minum susu tak jauh dari tempat charge tue. Kalau ikut arahan tunggu lampu biru baru tutup. Tapi aku tengok alat tue kembong semacam jer. Baru jer aku gtau mr hubby mintak syakil bangun takut terkena tungku panas tetiba benda alah tue leh meletup. Makanya air panas memancut kuar terkena Syakil. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku masa tue. Nasib tak kena muka tapi banyak gak tempat yang kena. kalau kita kena air panas sket pun tahu macam ner rasanya ni kan pulak budak.

Lepas kena mr hubby terus siram Syakil dengan air sejuk n bawa ke klinik. Dr sahkan burn tahap pertama tapi bagi aku teruk jugak. Kawasan yang kena kepala, bahu, belakang tengkuk n tangan. Seminngu gak la dia dok menangis n tak nak mandi. Mmg dugaan dalam pantang.

Kesimpulannya even alat yang korang beli tue mmg ok dan tak rosak tapi bagi aku tetap ade bahayanya. Bayangkan kalau tetiba masa tengah tungku kat perut, alat tue pecah dah kena lak baby kat sebelah. Allahuakbar tak dapat aku nak bayangkan. So kenalah berhati-hati pas ni. Parut Syakil masih lagi tak hilang sampai skang ni..."



No comments: