Monday, 26 December 2011

PErKemBanGAn bAyi aNDa Di UsiA 7 BuLaN

Saya sedang menyemak ciri-ciri perkembangan Qisya di usia 7 bulan.  Kira macam checklist la...
Saya rujuk ke Babycenter, dan inilah senarai semaknyer..

1) MELONJAK - LONJAK
Babycenter -->
Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh  duduk tanpa diampu tangannya (dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya.

Mommy Qisya-->
hihi..bukan sahaja melonjak-lonjak, siap nak memanjat lg! dah dekat 8 bln ni, duduk memg dah kemas. tangan dia lg cepat dari mommy and daddy nye.. Kalau bab capai objek, dah maju ke hadapan demi mendapatkan yang diidami.. Yg bestnye, mcm2 toy bagi kt dia, buat dekkk je..tapi bila nampak remote, hp, mengensot2 perut ke hadapan disertakan dgn memek muka yang sgt mengujakan! Hp ibu dah menjadi mgsa pun..cover dah mengelembung hasil kimia air liur si Qisya ni..hihi. Semalam saya letakkan Qiss dalam bakul baju semasa dia merengek2 sebelum kami bertolak pulang ke rumah. Qiss bukan main seronok lg, x mo duduk, nak panjat bakul tu lg ada la, Siap jerit2 pulak tuhh!! sabar je ibu..hihi.

2) TUMBUH GIGI
Babycenter-->
Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia 5 atau 6 bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya.

Mommy Qisya-->
Gigi si tecik ni dah start tumbuh bila masuk 6 bulan lg. Dah ada 2 btg dah di bwh. So, aktiviti menggigit adalah rutin hariannya..termasuklah gigit nipple ibunya..sakit tau..! Setakat ni, air liur dia belum meleleh lg, cuba menyembur tu bese la.. tp menghasilkan bunyi-bunyian tu memg ada! Kejap jerit, kejap bebel2..kejap sembur berserta bunyi..mcm2! tapi memang pakat kena gelak la bila tgh sunyi, dia menjerit.  hehe. yg saya perasan baru-baru ni, bila saya menghilang ke dapur, Qiss akan jerit berbunyi " Baa..Baahh..!!" Geramnyerr!!!

3) MENGUJI AUTORITI ANDA
Babycenter-->
Menjelang waktu ini, anda mungkin telah cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan. Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda. Sebenarnya, pada usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil – malah dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu  untuk lebih daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya.

Mommy Qisya-->
part ni memg setuju! memula xpaham gak tajuk dia, kena baca ulasan ni baru paham..hehe. So, jom baca!

4) PERASAAN TIDAK SENANG APABILA BERPISAH

Babycenter-->
Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. Anda akan berasa serba salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama anda – tetapi janganlah selalu sangat. Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam.

Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya – bersama-sama bayi anda-dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.

Mommy Qisya-->
Owh.. patutla mggu lepas Qisya bgn agak kerap waktu mlm, menyusu xnak, sedar2 menangis..letak, susah nak tidur balik..Ibu pun dah mcm burung hantu je..xdo mlm sgt..tapi start mggu ni dia nampak lebih lena..tp siang hari memg la, hujung mggu lps, iaitu krismas, kami blik kampung di Kuala Kangsar, si tecik ni lgsg la tak mau duduk dgn family ln..ibu hilang je, dia menangis..

5)KEMAHIRAN MENGENAL

Babycenter-->
Sekarang bayi anda sudah boleh bermain sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box" akan timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika anda bercakap kuat.
Mommy Qisya-->
Haha! Qisya tau dah bila ayah dia marah..!!

6) MEMAHAMI BAGAIMANA OBJEK BERHUBUNG KAIT

Babycenter-->
Bayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item  mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda.

Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya.

Mommy Qisya-->
Yuppp!! Qisya memang suka tgk cermin sejak kecil. cara nk tenangkan diri dia when she is crying ialah bawak Qiss tgk cermin. Taraa..!! terus menggelejat suka !!tapi mencecah ke usia 7 bulan hari tu, mcm tg babycenter elaborate, bila mak lang dia acah dari belakang, dia sibuk mencari tuan punya badan yang mencelah td..yup, maksudnya dia sudah memahami sesuatu perkara.

7) PATUNG DAN PERMAINAN YANG MENYERONOKKAN!

Babycenter-->
Bayi anda seronok bermain mainan yang sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga. Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih (patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda.

Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.

Jika bayi anda mempunyai alat mainan kegemarannya, anda akan mendapati bahawa pepatah “semudah mengambil gula-gula daripada bayi” tidak benar lagi. Walaupun dahulu agak mudah untuk mengambil barang dari genggamannya, kini anda mendapati bayi akan membantah dengan kuat semasa anda mengambil alat mainan dan apa jua barang daripadanya.

Mommy Qisya-->
Hmm..si tecik ni cepat bosan dengan sesuatu.. bosan main patung, dia merengek nak menda ln plak..pastu bosan lg, minta menda ln pulak..tak bolah la ulang2 main menda yg sama.. setakat in toy paling dia suka is kepala burung kuning a.k.a angry bird. habis dikokak2 nye.. Kalau bab amik brg dari budak tecik ni..huh!! merengek la dia marah2..hehe.


Kenapa saya coretkan perkembangan ni? sebab at least sebagai panduan saya. bila Qisya besar nanti, tak la saya lupa nak cerita setiap perkembangannya. tak pun, suruh dia baca je blog ni kn?hehe.



No comments: