Saturday, 11 February 2012

BERKHATAN BAGI KANAK-KANAK PEREMPUAN

12 February 2012

Hari ni Qisya berkhatan.

lewat daripada perancangan kami yang mahu mengkhatankan Qisya pada usia 7 bulan asalnya.
Pada mulanya saya agak ragu2 tentang berkhatan sebenarnya, memandangkan info yang kurang tentang khatan perempuan ni. 

penah dengar n mak saya sendiri kata kami telah khatan kecik2 dulu. 
yelah mana nak igt, bayangkan pun x reti. (boleh bayang ke?)

saya ragu2 mulanya apabila salah sorang manager syarikat saya (lelaki ye kalian) penah tanya pada saya.
- "kanak2 perempuan wajib khatan ke? umur bape kena sunat?"
- saya jawab, "both my mom kata kena sunat, dalam umur bwh 1 tahun. saya pun xtau, saya tanya mak saya ckp cmtu. biasanya buat, wajib ke x saya x pasti..." 
- huhu, malu pulak saya nak jawab cmtu. rasa daif sgt tentang agama n keperluan wanita.
- sambung incik manager td, " anak saya dah 2 tahun, kena sunat gak ke.."
- arrghh...sudahhh!! ape aku nak jawab...huhu, 
- "saya xpasti la encik.." itulah jawapan saya akhirnya sambil garu2 tudung kepala..

penah saya terbaca info khatan ni di majalah PA&MA bulan disember 2011 kot..dia ckap hukum berkhatan ni sunat untuk wanita..

yang ni saya dapat dari blog http://www.mindamadani.my (hak kanak-kanak dlm islam) :

Mengkhatannya. Berkhatan adalah satu amalan fitrah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :" Amalan fitrah ada lima perkara:mencukur bulu ari-ari, berkhatan, mengunting misaim, mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.

Menurut para ulama hukum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan merupakan kemuliaan bagi bayi perempuan. Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:

                    i)    Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad,Ataa',
                           Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza'iy.
          ii)    Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
           iii)  Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak perempuan iaitu pendapat setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah. (Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi, jilid 1, hal 365 dan fathul Bari jil 10. hal 340)

Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang mengatakan bahawa khatan adalah sunat muakkad bagi kanak-kanak perempuan. Mereka berdalilkan bahawa ia adalah "millah Abina Ibrahim" (mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan. 

Bagi kanak-kanak perempuan, khatan ini dikenali sebagai "khifaadah" dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara permukaan atas faraj. mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita. Ini menolak dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan amalan buruk. 

Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang jahiliah.

Untuk info dan maklumat yang berguna tentang isu berkhatan bagi wanita ini, bolehlah tgk kt link2 d bwh :




2 comments:

sayarasalakan said...

gambar kat header to gambar terbaru ke?

Qiss Me Mummy said...

Aah..tp xla terbaru sgt2. ni time g pamili day kt kl. masa umur qisya 8 bulan. skg dah 10 bulan pun. xhapdet2 lg gmbar terbaru.hihi ;p