Saturday, 14 April 2012

CERITERA DUKA + SUKA

Segala persoalan, kemusykilan, keraguan dan kewas-wasan telah terjawab..
Ini merujuk kepada entry saya sebelum ini tentang kesihatan saya tempoh hari.
Period yang lama bukan kerana penyakit, tetapi adalah kerana keguguran yang saya sendiri tidak sedari..

Patutlah sakit perut yang saya terangkan hari itu terasa lain macam..
Berlakunya perkara ini kerana saya sendiri tidak sedari yang saya mengandung dek kerana terlalu over-confident yang kami telah pun membuat langkah berjaga-jaga dengan selamatnya..

Bukan rezeki orang kata..saya redha..

Saya diberi mc selama 10 hari dan tarikh 12 April ini saya kembali bekerja..sonoknya berehat di rumah. Orang kata berpantang kerana keguguran dalah lebih ketat daripada berpantang bersalin. Namun, kali ini saya berkeras dan bertekad untuk duduk di rumah sendiri shj. Yela, dulu berpantang tak boleh byk bergerak kerana menjaga jahitan. Sekarang ringan sikit kerana boleh bergerak bebas, tapi masih tidak boleh membuat kerja berat. Makan pun lebih tenang..dulu makan nasi kosong dengan ikan haruan rebus atau ikan kering yang dibakar..huhu..seksa bagi saya. Minum pun air kopi sahaja..

masa saya duduk sendiri di rumah, saya masih lagi menjaga pantang, namun masih mampu membuat kerja lain termasuklah melepaskan gian saya kepada cinta hati saya...mesin jahit brother nv50! Selama di rumah sempat juga saya menyiapkan projek yang lama tertangguh dalam minda saya seperti coin pouch, beg untuk lunch dan dress untuk qisya yg super cute!!! Gembira dan bangga dengan diri sendiri kerana mampu akhirnya menyiapkan dress untuk si tecik itu.

Photo dress tu dah diambil, tapi gambar xclear kerana ketidakcanggihan camera hp tersebut..hehe. xpe, saya kepilkan gambar cinta hati saya ni dulu ek..dah berkurun menginap di rumah saya ni.
 ni dia mesin jahit auto brother nv 50 yg saya idamkan telahpun dimilikii!!

yg ni projek altered baju lama qisya.

 yg ni pulak buat sarung baru untuk walker budak tecik kt bwh ni.

ni nk menyelit ckit gambar2 lama kami semasa bersiar2 dan berposing-posing.

qisya with her daddy's kopiah. sgt suka main kopiah ayah dia skrg ni.

 aksi  tidur....zzzzz....

 aksi rimas...

 aksi langkah pertama merangkak..tercipta sejarah mula merangkak di masjid putrajaya pada usia 9 bulan (bulan JAN 2012 semasa family day abu bakar enggok kali pertama).

 yeah...!!dah boleh merangkak!!

 bersama bff - YANNA since secondary school..muka anak kami sama kn?

 aksi black specky.

 aksi pelamin pengantin.

 bersiar waktu petang di padang politeknik pauh sambil tgk ayah main basketball (2 orang kecik kt blkg tu).

No comments: