Monday, 2 April 2012

LAMAN BLOG SPIDERMAN

Haha.

Kenapa tajuk macam tu? ada official website spiderman yang nak di promo ke? Atau barangkali ada filem baru nak keluar panggung?

Bukan. Tiada apa-apa pun sebenarnya. Cuma nak khabarkan betapa hebatnya blog kesayangan saya ni yang dah berbajukan sawang. Masa dan mood sgt mempengaruhi ya kalian. 

Kali ini semangat menupdate adalah disebabkan 2 faktor:

1)      Qisya dan mula bertatih, iaitu pada usia 11 bulan genap. Hari ini puteriku demam-demam manja.
2)      Saya baru masuk kerja hari ini kerana semalam mc. (kedah hari pertama kerja adalah hari ahad) mc kerana diserang cirit-birit, muntah-muntah,demam dan sakit perut yang amat sgt.

Saya sebenarnya dalam dilemma atas bermulanya masalah kesihatan saya tempoh hari. Hingga hari ini sakit masih lagi terasa di bahagian ari2, tetapi bukan sakit memulas, tetapi seperti sakit semasa datang bulan. 

Untuk pengetahuan, sudah lebih 15 hari saya telah didatangi haid, jadi hari ke-16 dikira darah penyakit. Saya coretkan di ruangan blog ini untuk mendapatkan komen, nasihat, pandangan daripada rakan2 yang disayangi dan ingatan juga buat diri saya.

terima kasih atas perhatian..

No comments: