Saturday, 25 August 2012

ADOII..ANAKKU SAKIT MATA!


Malam semalam (25 Ogos 2012), tengah2 malam si tecik Qisya macam biasa kejut ibunya nak 'nenen' (susu), tapi ditambah dengan pernyataan dari mulut kecik tu, "bu..katai..!". 

memula tu xpaham gk, apekehalnya nak kasut memalam buta ni? sebab biasanya 'kakai' dia sebut untuk pakai kasut. then baru teringat, dia sebut 'katai' untuk gatal. kdg2 nyamuk gigit kaki dia, so dia mintak ibu garukan kaki untuk dia..amboi..manja sungguh! hihi. 

tapi dia xgaru pun kaki? dia gonyoh2 mata je..ngantuk tido la qisya oi..lepas tu baru saya teringat, magrib tadi mata dia berair je, syak nak sakit mata. siap ada 'discaj' lagi. ececeh..! taik mata la maksudnya... baru saya paham, dia gatal kat mata..

Huaarrrgh...!!!!  anakku sakit mata..!! apa nak buat..!!!

Tapi ubat paling mudah dan petua yg mujarab katanya adalah susu ibu. saya dah cuba. insyaalah baik..tapi kena berwaspada juga, takut jangkitan yg lebih teruk, haruslah rujuk pada doktor.

Okei, jom kita tgk dari segi saintifiknya sakit mata ni.

DEFINISI SAKIT MATA (KONJUNCTIVITIS)
Radang pada selaput luar biji mata (eyeball) dan juga selaput kelopak mata. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman (bakteria). Sakit mata ini mudah berjangkit dan boleh berlaku pada semua peringkat umur terutama kanak-kanak.

TANDA-TANDA TELAH DIJANGKITI SAKIT MATA (KONJUNCTIVITIS)
Sakit mata yang berjangkit biasanya:
  • bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata.
  • mata terasa gatal.
  • menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata.
  • mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata.
Sekiranya terdapat discaj (tahi mata) putih kekuningan yang banyak sehingga menyebabkan sukar untuk anak anda membuka mata akibat melekat disebabkan discaj itu kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria).
Jika disebabkan oleh jangkitan virus, kebiasaannya mata akan berair dan juga kemungkinan ada tanda-tanda demam selesema pada masa jangkitan itu.

FAKTOR PENYEBAB SAKIT MATA MERAH
Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja. Ia mungkin:
i)  Bayi yang baru lahir
mungkin dijangkiti sakit mata (neonatal conjunctivitis) semasa melalui saluran peranakan, dan disebabkan oleh kuman gonorhoea atau klamidia (Chlamydia). Selalunya bayi ini mengalami jangkitan sakit mata dengan discaj bernanah dari mata, kebiasaan dalam masa seminggu selepas lahir. Sekiranya bayi anda ada tanda tanda sedemikian harap berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.
ii) Alahan mata (allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh:
  • debunga (hay fever)
  • bulu haiwan
  • habuk
  • pengawet dalam ubat mata
  • pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat
Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada kedua belah mata dengan serentak, menyebabkan mata menjadi merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus.

Cara mengatasi mata merah (konjunktivitis) 
Jangkitan sakit mata ini biasanya akan pulih sendiri dan tidak berbahaya. Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari, tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu.

Walaupun begitu, dinasihatkan berjumpa doktor untuk kepastian kerana ditakuti:
-  Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anak anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan dan membuatkan anak anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya dibiarkan kecacatan kekal pada penglihatan mungkin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku berjumpalah doktor dengan segera.
Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah  pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.

LANGKAH PENCEGAHAN SAKIT MATA DARIPADA MEREBAK
  1. Amalan kebersihan adalah penting
  2. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
  3. Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh
APAKAH RAWATAN UNTUK JANGKITAN SAKIT MATA?
Kebiasaannya sakit mata akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari. 
Dapatkan rawatan dgn segera sekiranya:
i)    sekiranya berlarutan melebihi 7 hari
ii)   jangkitan mata bertambah teruk
iii)  usia anak terlalu muda

Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis, kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.

No comments: