Saturday, 22 September 2012

HOW TO BE A GOOD ORGANIZER?

Or should i say A MOTHER? Yes, a mother is the best organizer. She organizes her husband, her children, their family financing, the house, and even their pet although the pet is not hers. Doesn’t it true?

Saya amat kagum dengan ibu-ibu sekalian yg sangat peka dan hebat dalam menguruskan rumahtangga. Bila kita berkunjung ke rumah mereka, buka pintu saja sudah ada bauan segar, mata yg sedap memandang kekemasan ruang tamu yg dihias indah, kecantikan warna dinding yg memukau, hiasan2 yg kemas tersusun, mahupun kedudukan perabot yg amat cantik.

Wahh.. hebatnya wanita ini! Bisik hati kecilku. Sudahla ada anak kecil, tetapi rumah terhias rapi.
Ya, saya sedang mengumpul strategi mental dan emosi untuk memastikan keadaan ‘rumahtidakbertangga’ (rumah saya setingkat saje) dan penghuni rumahnya sentiasa dalam keadaan selesa, serta tetamu yg coming sedap mata memandang ke arah rumah kami.

Sesetengah orang akan berpendapat bahawa wanita tersebut adalah suri rumah sepenuh masa, jadi tidak hairanlah, kerana sentiasa ada di rumah. Tetapi pada saya, di rumah adalah lebih berisiko untuk memastikan rumah indah nian kerana anak2 sentiasa ‘membantu mengemas’ berbanding bekerja kerana anak haruslah telah dihantar ke babysitter/nursery. So, rumah tidak terusik. Cumanya, si isteri kurang masa yg dapat diperuntukkan untuk mengadun rumahku syurgaku.

Ya, alasan.

Ok, saya cuba untuk tidak lg memberi alasan. Semua perkara adalah tidak mustahil. Kita yg menggerakkan minda dan aktiviti kita sama ada bermanfaat atau tidak.

SAYA INGIN MENJADI IBU YANG HEBAT!

Tak salah kan berimpian begitu? Kenapa tidak katakan ianya adalah angan2? Kerana pada saya ianya bukan angan2, tetapi adalah arah tujuan hidup saya sebagai isteri dan ibu. Bukan lg angan2, tetapi impian dan cita2 yg kuat.

Saya amat kagum dengan ibu dewi rumah (ibu suri rumah) kerana kekuatan dan kecekalan mereka. Mereka idola saya. Ya, saya ingin menjadi dewi rumah. Impian saya untuk mencapai ibu yg hebat.

Suami saya seorang yg bercita2 tinggi dan tetap pendirian apabila mengukir masa depan. Cita2 beliau ingin menyambung sehingga Phd tidak pernah padam, malah semakin bersemangat selepas berkeluarga. Cita2 beliau sebelum ini ingin menjadi pensyarah. Yes, memang dalam bidang tersebut sejurus tamat pengajian. Impian beliau adalah untuk membawa kami kemana sahaja beliau pergi. Saya amat kagum dengan pemikiran ke hadapan beliau. Sentiasa ada sahaja perancangan. Tetapi apabila apa yg dirancang tidak menjadi, beliau agak susah untuk menerima. Di situlah peranan saya, iaitu seorang tidak begitu agresif, tetapi mudah untuk positif dan sgt bersyukur. Saya tidak bercita2 tinggi, cukuplah sekeping ijazah. Bekerja hebat2 pun tidak. Yg penting bahagia. Satu sahaja impian kerjaya saya sebelum ini, GURU. Sebab? Minat. Suami saya sarankan saya sambung belajar untuk menjadi pensyarah, ya, mengajar juga, org kata up sket dari guru. Tapi sekolah tidak sama dengan IPT. Beliau prefer saya berkerjaya. Kerana beliau bercita2 tinggi.

Kerana itu beliau tidak setuju pada mulanya untuk saya tidak bekerja. Saya ingin menjaga anak2 saya dengan tangan saya. Ya, memg tidak perfect, tapi lain orang lain caranya. Cuma beri saya masa dan ruang mendidik sendiri anak saya. Pengasuh? Saya amat bersyukur mempunyai pengasuh yg dianggap seperti keluarga sendiri. Mereka sgt banyak membantu. Juga tidak mengongkong cara saya. Tetapi apabila anak saya besar nanti, saya risaukan rutin harian mereka. Kemana mereka akan pergi selepas selesai waktu persekolahan apabila kami tiada dirumah? Dgn siapa mereka berkawan? Sepanjang hari kami tiada dgn mereka. Saya takut dengan gejala sosial yg semakin parah. Biarlah mereka membesar di depan mata saya.

Tetapi apabila diceritakan kisah2 kejayaan wanita dewi rumah ini, beliau mula memahami niat saya. Tetapi bukan untuk masa terdekat katanya. Ya, saya faham. Kami perlu teguh dahulu. Even saya bukan ingin duduk di rumah saja2. Saya juga ingin Berjaya. Bekerja dari rumah. Cuma buat masa tidak nampak lg jalannya.

Ya Allah, tunjukkanlah. Permudahkan jalan niat hati kami. Engkaulah pemberi kemudahan dan Kejayaan. Insyaallah.

No comments: