Sunday, 9 September 2012

SINDROM ANAK MUNTAH DAN CIRIT BIRIT - APA YG PERLU DILAKUKAN?

Entri kali ni berkisarkan pengalaman yg saya alami ketika minggu pertama hari raya yg lalu. qisya start dengan mata berair seperti mana saya post pada entri yg lepas. on the other day matanya start bengkak n itchy. after that she started to batuk n selesema yg makes her uncomfortable, cannot sleep at night.

On the next day, qisya tiba-tiba muntah after breastfeed. Saya teramatlah risau bcoz muntah dengan tersgtlah byk.. muntah susu pekat berketul-ketul macam getah sekerap tu.. since then she started crying n seems very uncomfortable. tak lama selepas itu, dia nangis lg, rupa-rupanya dia cirit pulak, dengan teramatlah byk..bertakung mcm air kaler kuning cair sgt2.. kami sgt la risau,then bergegas bawa qisya ke hospital KMC bahagian emergency. Waktu tu malam dah, dalam jam 8.30. 

Sebenarnya dulu dah penah ada pengalaman bawa qisya ke hospital kerajaan, n semenjak tu fobia sket nk g hospital kerajaan. why? sebab ikut prosedur gov (doc tu la ckp) if kita bawa pesakit after midnight kot.., kena tahan wad walau mcm mana pun..oh, qisya demam agk panas mlm tu, so risau la. bila kena tahan, anak dah ok, ibu plak demam pastu..yg xbest jugak tu, medical asst dia kot, sgtla kerek n nak xnak je layan kami. rasa nk cabai2 je mulutnye yg celupar xda insuran tu. siap gelak2 sinis lelaki keparat tu. yup, lelaki hokeh!

semenjak start keje after deliver tu, dapat pulak sah jawatan, n lg best panel hospital dah tukar dari PMC ke KMC, which means more expensive but better services, n of cos private hospital..huhu dapat free je la kn n sanggup travel from changlun to Alor setar semata2 nk g KMC yg kira antara yg gah la kt kedah ni. kdg2, keje private cmpany ni pun ada kebaikannya terutama bab medical ni. ok, enuff essay saya ni, bila ntah nak cerita tips plak ni..

ok, masa kt KMC tu, doc nasihatkan supaya berhenti sekejap bg susu formula, n ganti dgn susu badan if ada, n buat air rebusan beras untuk qisya makan supaya dia tidak dehydrate. ye la, makan pun dah xlalu..risau sgt..badannya susut dari 9 kg ke 8 kg! memg ampak kecik je muka dia n tgn xda muscle dhh..sedih sgt..tetapi disebabkan xcukup info n ilmu, qisya masih muntah lg.. then saya mula la cari info di internet n blog2 tentang masalah ni..haa,setelah ditelaah, baru saya paham cara betul nk tangani n ubati kanak dgn simptom ni..

jom baca, moga dapat membantu..credit to http://drroslin.blogspot.com/

Masalah cirit-birit serta muntah-muntah adalah antara masalah yang kerap dijumpai di klinik, terutamanya bayi yang berusia kurang dari 1 tahun. Sekiranya berlaku cirit-birit atau muntah-muntah, ini mungkin bermakna sistem pertahanan badan kita sedang diaktifkan kerana telah termasuk bahan asing ke dalam sistem penghadaman kita, sama ada jangkitan bakteria ataupun virus, makanan tercemar ataupun bahan-bahan lain yang didapati tidak bersesuaian dengan badan kita. 


Sekiranya berlaku cirit-birit ataupun muntah-muntah, ataupun kedua-duanya sekali, mula-mula disyorkan :


  • memberhentikan susu formula. Susu  formula yang berasaskan susu lembu adalah sangat sukar dihadam terutamanya oleh usus yang sedang mengalami keradangan. SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK. Hentikan susu formula dan berikan susu badan sahaja, bagi sesetengah kes, ini adalah memadai untuk memberhentikan cirit-birit ataupun muntah-muntah. Akan tetapi, kadangkala keradangan usus agak serius sehingga menyebabkan susu badan juga sukar untuk dihadam. 
  • Sekiranya ketiadaan susu badan atau masalah berterusan dengan penyusuan badan, kita perlu memberhentikan susu sepenuhnya dan menggantikan dengan ORS(oral rehydration salt). ORS perlu dibancuh mengikut sukatan yang tepat sebagaimana yang telah dicatatkan dibelakang setiap peket ORS.
PERINGATAN: SEKIRANYA SIMPTOM CIRIT-BIRIT DAN/ATAU MUNTAH-MUNTAH TIDAK BERKURANGAN DENGAN LANGKAH I (ORS SAHAJA), PERLU RUJUK KE HOSPITAL DENGAN KADAR SEGERA!

LANGKAH I: 


- Kelazimannya disarankan berhenti susu formula dan susu badan, berhenti juga memberi makanan seperti bubur, bijirin bayi, biskut bayi, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain lagi. 


- BERIkan LARUTAN ORS SAHAJA selama 4-5 jam ataupun sehingga cirit-birit ataupun muntah-muntah berhenti. Jangan risau melihat bayi meminum ORS yang kelihatan agak cair, ORS mengandungi gula, garam serta zat galian yang diperlukan oleh badan. Kepekatannya sangat menghampiri kepekatan darah menyebabkan ia paling mudah diserap dari dalam usus berbanding bahan-bahan lain seperti susu. Usus sedang mengalami keradangan dan proses penghadaman serta penyerapannya terganggu, kita perlu merehatkannya buat seketika. Kelazimannya 4-5 jam sudah memadai. Seringkali saya mendapati ibubapa terlampau cepat memberi semula susu formula dan seterusnya ini akan mengakibatkan cirit-birit & muntah-muntah bermula kembali. 


- kita perlu memberi sedikit masa untuk usus kembali pulih sebelum memulakan semula pemberian susu ataupun makanan yang lain. 

-Sekiranya bayi kelihatan sedikit lapar, boleh juga diberi minum air rebusan barli didalam botol. Rebuskan barli bersama dengan air dan sedikit gula, dan ambil air rebusannya sahaja. Bijiran barli itu tidak diberikan bersama kerana ia agak sukar dihadam buat masa ini.



LANGKAH II: 


Sekiranya masalah cirit-birit ataupun muntah-muntah berkurangan dengan pemberian ORS sahaja dan bayi kelihatan semakin pulih, kita boleh mencuba beri makan bubur nasi sahaja. Bubur nasi boleh dicampurkan dengan sedikit garam. Tetapi saya tidak mengesyorkan mencampurkannya dengan sayur-sayur seperti bayam, lobak merah ataupun kicap buat sementara waktu. Hanya setelah kita mendapati bayi semakin pulih dengan ORS dan bubur nasi, barulah saya menyarankan kita mulakan langkah yang seterusnya.



LANGKAH III: 

Susu, sayur-sayuran, buah-buahan serta makanan lain seperti bijirin bayi. Mulakan pemberian susu dahulu dan lihat kesannya. Sekiranya masalah telah selesai dan simptom tidak berulang, bolehlah mulakan kembali makanan-makanan yang lain tetapi pada kadar yang perlahan kerana usus baru sahaja pulih. Akan tetapi sekiranya cirit-birit berterusan setiap kali diberi susu formula, disarankan untuk meneruskan ORS dan air barli buat beberapa jam lagi. 


Sekiranya masalah berterusan juga setiap kali memulakan susu formula, ada kemungkinan kita perlu menukarkan susu formula buat seketika sehingga penghadamannya betul-betul pulih. Antara susu yang saya sarankan dalam situasi sebegini adalah Bebelac FL, Enfalac LF ataupun Mamex LF. Susu ini bolehlah digunakan buat sementara waktu dan ditukar kembali ke formula asal setelah bayi kelihatan pulih.


PERINGATAN!

> proses pembersihan dan pensterilan botol susu perlulah dibuat setiap hari. 


> Sekiranya bayi dihantar ke tempat asuhan, pastikan anda membekalkan botol susu yang telah disterilkan setiap hari dan membawa pulang botol susu setiap hari utk disterilkan di rumah. 


> Terdapat banyak kes cirit-birit yang disebabkan oleh pembersihan botol susu yang kurang sempurna terutama sekali semasa di tempat asuhan. 


> Pastikan juga tempat penjagaan bayi adalah kemas dan sangat bersih, bayi yang baru belajar merangkak ataupun berjalan seringkali suka menghulurkan jari ke tempat-tempat yang sempit seperti di celah-celah perabot. Pada usia sebegini, apa jua yang dijumpai akan dimasukkan ke dalam mulut termasuklah habuk-habuk serta kekotoran yang lain.


No comments: