Tuesday, 22 April 2014

KAKAK CICHA DAH BESAR!

Lama saya tinggalkan rumah qiss me mummy ni. konon-konon nak buat diari setiap perkembangan Cicha. Sekarang sampai dah tukar title Kakak Cicha pun, dah jadi macam rumah hantu dah blog ni. hihihi.

Kakak cicha dah nak masuk 3 tahun bulan depan tarikh 3 May 2014. Besar dah anak ibu. Kawan ibu. Kesayangan ibu. Cinta ibu. macam-macam ragam dan keletah yang menggembirakan dan menghiburkan ibu. Tak kurang jugak yang menaikkan darah ibu. kihkih. ;p

Banyak dah ibu terlepas mencoretkan perkembangan kakak cicha. 
  • cicha petah bercakap. Tapi masih pelat & bunyi macam kartun juga.
  • belum masuk umur 1 tahun kakak cicha dah pandai bertutur.
  • gigi kakak cicha mula tumbuh pada usia 4 bulan. 4 batang sekaligus bahagian bawah. Setahun dah penuh gigi. Menggigit pun boleh tahan.
  • merangkak pertama kali pada usia 9 bulan di masjid putrajaya. amik berkat.
  • kakak cicha mula bertatih usia 11 bulan, dan kemas berjalan pada usia 1 tahun.
Banyak lagi, tapi ibu coretkan yang penting dulu ye. Hari ni kongsi gelagat baru kakak yang dah besar.


# seronok dapat tudung baru kaler pim!#

salam sayang ~~
Ibu cia

No comments: