Showing posts with label KeSIHaTaN aNaK KiTe. Show all posts
Showing posts with label KeSIHaTaN aNaK KiTe. Show all posts

Sunday, 9 September 2012

SINDROM ANAK MUNTAH DAN CIRIT BIRIT - APA YG PERLU DILAKUKAN?

Entri kali ni berkisarkan pengalaman yg saya alami ketika minggu pertama hari raya yg lalu. qisya start dengan mata berair seperti mana saya post pada entri yg lepas. on the other day matanya start bengkak n itchy. after that she started to batuk n selesema yg makes her uncomfortable, cannot sleep at night.

On the next day, qisya tiba-tiba muntah after breastfeed. Saya teramatlah risau bcoz muntah dengan tersgtlah byk.. muntah susu pekat berketul-ketul macam getah sekerap tu.. since then she started crying n seems very uncomfortable. tak lama selepas itu, dia nangis lg, rupa-rupanya dia cirit pulak, dengan teramatlah byk..bertakung mcm air kaler kuning cair sgt2.. kami sgt la risau,then bergegas bawa qisya ke hospital KMC bahagian emergency. Waktu tu malam dah, dalam jam 8.30. 

Sebenarnya dulu dah penah ada pengalaman bawa qisya ke hospital kerajaan, n semenjak tu fobia sket nk g hospital kerajaan. why? sebab ikut prosedur gov (doc tu la ckp) if kita bawa pesakit after midnight kot.., kena tahan wad walau mcm mana pun..oh, qisya demam agk panas mlm tu, so risau la. bila kena tahan, anak dah ok, ibu plak demam pastu..yg xbest jugak tu, medical asst dia kot, sgtla kerek n nak xnak je layan kami. rasa nk cabai2 je mulutnye yg celupar xda insuran tu. siap gelak2 sinis lelaki keparat tu. yup, lelaki hokeh!

semenjak start keje after deliver tu, dapat pulak sah jawatan, n lg best panel hospital dah tukar dari PMC ke KMC, which means more expensive but better services, n of cos private hospital..huhu dapat free je la kn n sanggup travel from changlun to Alor setar semata2 nk g KMC yg kira antara yg gah la kt kedah ni. kdg2, keje private cmpany ni pun ada kebaikannya terutama bab medical ni. ok, enuff essay saya ni, bila ntah nak cerita tips plak ni..

ok, masa kt KMC tu, doc nasihatkan supaya berhenti sekejap bg susu formula, n ganti dgn susu badan if ada, n buat air rebusan beras untuk qisya makan supaya dia tidak dehydrate. ye la, makan pun dah xlalu..risau sgt..badannya susut dari 9 kg ke 8 kg! memg ampak kecik je muka dia n tgn xda muscle dhh..sedih sgt..tetapi disebabkan xcukup info n ilmu, qisya masih muntah lg.. then saya mula la cari info di internet n blog2 tentang masalah ni..haa,setelah ditelaah, baru saya paham cara betul nk tangani n ubati kanak dgn simptom ni..

jom baca, moga dapat membantu..credit to http://drroslin.blogspot.com/

Masalah cirit-birit serta muntah-muntah adalah antara masalah yang kerap dijumpai di klinik, terutamanya bayi yang berusia kurang dari 1 tahun. Sekiranya berlaku cirit-birit atau muntah-muntah, ini mungkin bermakna sistem pertahanan badan kita sedang diaktifkan kerana telah termasuk bahan asing ke dalam sistem penghadaman kita, sama ada jangkitan bakteria ataupun virus, makanan tercemar ataupun bahan-bahan lain yang didapati tidak bersesuaian dengan badan kita. 


Sekiranya berlaku cirit-birit ataupun muntah-muntah, ataupun kedua-duanya sekali, mula-mula disyorkan :


  • memberhentikan susu formula. Susu  formula yang berasaskan susu lembu adalah sangat sukar dihadam terutamanya oleh usus yang sedang mengalami keradangan. SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK. Hentikan susu formula dan berikan susu badan sahaja, bagi sesetengah kes, ini adalah memadai untuk memberhentikan cirit-birit ataupun muntah-muntah. Akan tetapi, kadangkala keradangan usus agak serius sehingga menyebabkan susu badan juga sukar untuk dihadam. 
  • Sekiranya ketiadaan susu badan atau masalah berterusan dengan penyusuan badan, kita perlu memberhentikan susu sepenuhnya dan menggantikan dengan ORS(oral rehydration salt). ORS perlu dibancuh mengikut sukatan yang tepat sebagaimana yang telah dicatatkan dibelakang setiap peket ORS.
PERINGATAN: SEKIRANYA SIMPTOM CIRIT-BIRIT DAN/ATAU MUNTAH-MUNTAH TIDAK BERKURANGAN DENGAN LANGKAH I (ORS SAHAJA), PERLU RUJUK KE HOSPITAL DENGAN KADAR SEGERA!

LANGKAH I: 


- Kelazimannya disarankan berhenti susu formula dan susu badan, berhenti juga memberi makanan seperti bubur, bijirin bayi, biskut bayi, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain lagi. 


- BERIkan LARUTAN ORS SAHAJA selama 4-5 jam ataupun sehingga cirit-birit ataupun muntah-muntah berhenti. Jangan risau melihat bayi meminum ORS yang kelihatan agak cair, ORS mengandungi gula, garam serta zat galian yang diperlukan oleh badan. Kepekatannya sangat menghampiri kepekatan darah menyebabkan ia paling mudah diserap dari dalam usus berbanding bahan-bahan lain seperti susu. Usus sedang mengalami keradangan dan proses penghadaman serta penyerapannya terganggu, kita perlu merehatkannya buat seketika. Kelazimannya 4-5 jam sudah memadai. Seringkali saya mendapati ibubapa terlampau cepat memberi semula susu formula dan seterusnya ini akan mengakibatkan cirit-birit & muntah-muntah bermula kembali. 


- kita perlu memberi sedikit masa untuk usus kembali pulih sebelum memulakan semula pemberian susu ataupun makanan yang lain. 

-Sekiranya bayi kelihatan sedikit lapar, boleh juga diberi minum air rebusan barli didalam botol. Rebuskan barli bersama dengan air dan sedikit gula, dan ambil air rebusannya sahaja. Bijiran barli itu tidak diberikan bersama kerana ia agak sukar dihadam buat masa ini.



LANGKAH II: 


Sekiranya masalah cirit-birit ataupun muntah-muntah berkurangan dengan pemberian ORS sahaja dan bayi kelihatan semakin pulih, kita boleh mencuba beri makan bubur nasi sahaja. Bubur nasi boleh dicampurkan dengan sedikit garam. Tetapi saya tidak mengesyorkan mencampurkannya dengan sayur-sayur seperti bayam, lobak merah ataupun kicap buat sementara waktu. Hanya setelah kita mendapati bayi semakin pulih dengan ORS dan bubur nasi, barulah saya menyarankan kita mulakan langkah yang seterusnya.



LANGKAH III: 

Susu, sayur-sayuran, buah-buahan serta makanan lain seperti bijirin bayi. Mulakan pemberian susu dahulu dan lihat kesannya. Sekiranya masalah telah selesai dan simptom tidak berulang, bolehlah mulakan kembali makanan-makanan yang lain tetapi pada kadar yang perlahan kerana usus baru sahaja pulih. Akan tetapi sekiranya cirit-birit berterusan setiap kali diberi susu formula, disarankan untuk meneruskan ORS dan air barli buat beberapa jam lagi. 


Sekiranya masalah berterusan juga setiap kali memulakan susu formula, ada kemungkinan kita perlu menukarkan susu formula buat seketika sehingga penghadamannya betul-betul pulih. Antara susu yang saya sarankan dalam situasi sebegini adalah Bebelac FL, Enfalac LF ataupun Mamex LF. Susu ini bolehlah digunakan buat sementara waktu dan ditukar kembali ke formula asal setelah bayi kelihatan pulih.


PERINGATAN!

> proses pembersihan dan pensterilan botol susu perlulah dibuat setiap hari. 


> Sekiranya bayi dihantar ke tempat asuhan, pastikan anda membekalkan botol susu yang telah disterilkan setiap hari dan membawa pulang botol susu setiap hari utk disterilkan di rumah. 


> Terdapat banyak kes cirit-birit yang disebabkan oleh pembersihan botol susu yang kurang sempurna terutama sekali semasa di tempat asuhan. 


> Pastikan juga tempat penjagaan bayi adalah kemas dan sangat bersih, bayi yang baru belajar merangkak ataupun berjalan seringkali suka menghulurkan jari ke tempat-tempat yang sempit seperti di celah-celah perabot. Pada usia sebegini, apa jua yang dijumpai akan dimasukkan ke dalam mulut termasuklah habuk-habuk serta kekotoran yang lain.


Saturday, 25 August 2012

ADOII..ANAKKU SAKIT MATA!


Malam semalam (25 Ogos 2012), tengah2 malam si tecik Qisya macam biasa kejut ibunya nak 'nenen' (susu), tapi ditambah dengan pernyataan dari mulut kecik tu, "bu..katai..!". 

memula tu xpaham gk, apekehalnya nak kasut memalam buta ni? sebab biasanya 'kakai' dia sebut untuk pakai kasut. then baru teringat, dia sebut 'katai' untuk gatal. kdg2 nyamuk gigit kaki dia, so dia mintak ibu garukan kaki untuk dia..amboi..manja sungguh! hihi. 

tapi dia xgaru pun kaki? dia gonyoh2 mata je..ngantuk tido la qisya oi..lepas tu baru saya teringat, magrib tadi mata dia berair je, syak nak sakit mata. siap ada 'discaj' lagi. ececeh..! taik mata la maksudnya... baru saya paham, dia gatal kat mata..

Huaarrrgh...!!!!  anakku sakit mata..!! apa nak buat..!!!

Tapi ubat paling mudah dan petua yg mujarab katanya adalah susu ibu. saya dah cuba. insyaalah baik..tapi kena berwaspada juga, takut jangkitan yg lebih teruk, haruslah rujuk pada doktor.

Okei, jom kita tgk dari segi saintifiknya sakit mata ni.

DEFINISI SAKIT MATA (KONJUNCTIVITIS)
Radang pada selaput luar biji mata (eyeball) dan juga selaput kelopak mata. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman (bakteria). Sakit mata ini mudah berjangkit dan boleh berlaku pada semua peringkat umur terutama kanak-kanak.

TANDA-TANDA TELAH DIJANGKITI SAKIT MATA (KONJUNCTIVITIS)
Sakit mata yang berjangkit biasanya:
  • bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata.
  • mata terasa gatal.
  • menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata.
  • mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata.
Sekiranya terdapat discaj (tahi mata) putih kekuningan yang banyak sehingga menyebabkan sukar untuk anak anda membuka mata akibat melekat disebabkan discaj itu kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria).
Jika disebabkan oleh jangkitan virus, kebiasaannya mata akan berair dan juga kemungkinan ada tanda-tanda demam selesema pada masa jangkitan itu.

FAKTOR PENYEBAB SAKIT MATA MERAH
Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja. Ia mungkin:
i)  Bayi yang baru lahir
mungkin dijangkiti sakit mata (neonatal conjunctivitis) semasa melalui saluran peranakan, dan disebabkan oleh kuman gonorhoea atau klamidia (Chlamydia). Selalunya bayi ini mengalami jangkitan sakit mata dengan discaj bernanah dari mata, kebiasaan dalam masa seminggu selepas lahir. Sekiranya bayi anda ada tanda tanda sedemikian harap berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.
ii) Alahan mata (allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh:
  • debunga (hay fever)
  • bulu haiwan
  • habuk
  • pengawet dalam ubat mata
  • pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat
Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada kedua belah mata dengan serentak, menyebabkan mata menjadi merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus.

Cara mengatasi mata merah (konjunktivitis) 
Jangkitan sakit mata ini biasanya akan pulih sendiri dan tidak berbahaya. Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari, tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu.

Walaupun begitu, dinasihatkan berjumpa doktor untuk kepastian kerana ditakuti:
-  Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anak anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan dan membuatkan anak anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya dibiarkan kecacatan kekal pada penglihatan mungkin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku berjumpalah doktor dengan segera.
Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah  pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.

LANGKAH PENCEGAHAN SAKIT MATA DARIPADA MEREBAK
  1. Amalan kebersihan adalah penting
  2. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
  3. Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh
APAKAH RAWATAN UNTUK JANGKITAN SAKIT MATA?
Kebiasaannya sakit mata akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari. 
Dapatkan rawatan dgn segera sekiranya:
i)    sekiranya berlarutan melebihi 7 hari
ii)   jangkitan mata bertambah teruk
iii)  usia anak terlalu muda

Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis, kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.

Saturday, 11 February 2012

BERKHATAN BAGI KANAK-KANAK PEREMPUAN

12 February 2012

Hari ni Qisya berkhatan.

lewat daripada perancangan kami yang mahu mengkhatankan Qisya pada usia 7 bulan asalnya.
Pada mulanya saya agak ragu2 tentang berkhatan sebenarnya, memandangkan info yang kurang tentang khatan perempuan ni. 

penah dengar n mak saya sendiri kata kami telah khatan kecik2 dulu. 
yelah mana nak igt, bayangkan pun x reti. (boleh bayang ke?)

saya ragu2 mulanya apabila salah sorang manager syarikat saya (lelaki ye kalian) penah tanya pada saya.
- "kanak2 perempuan wajib khatan ke? umur bape kena sunat?"
- saya jawab, "both my mom kata kena sunat, dalam umur bwh 1 tahun. saya pun xtau, saya tanya mak saya ckp cmtu. biasanya buat, wajib ke x saya x pasti..." 
- huhu, malu pulak saya nak jawab cmtu. rasa daif sgt tentang agama n keperluan wanita.
- sambung incik manager td, " anak saya dah 2 tahun, kena sunat gak ke.."
- arrghh...sudahhh!! ape aku nak jawab...huhu, 
- "saya xpasti la encik.." itulah jawapan saya akhirnya sambil garu2 tudung kepala..

penah saya terbaca info khatan ni di majalah PA&MA bulan disember 2011 kot..dia ckap hukum berkhatan ni sunat untuk wanita..

yang ni saya dapat dari blog http://www.mindamadani.my (hak kanak-kanak dlm islam) :

Mengkhatannya. Berkhatan adalah satu amalan fitrah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :" Amalan fitrah ada lima perkara:mencukur bulu ari-ari, berkhatan, mengunting misaim, mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.

Menurut para ulama hukum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan merupakan kemuliaan bagi bayi perempuan. Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:

                    i)    Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad,Ataa',
                           Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza'iy.
          ii)    Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
           iii)  Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak perempuan iaitu pendapat setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah. (Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi, jilid 1, hal 365 dan fathul Bari jil 10. hal 340)

Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang mengatakan bahawa khatan adalah sunat muakkad bagi kanak-kanak perempuan. Mereka berdalilkan bahawa ia adalah "millah Abina Ibrahim" (mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan. 

Bagi kanak-kanak perempuan, khatan ini dikenali sebagai "khifaadah" dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara permukaan atas faraj. mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita. Ini menolak dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan amalan buruk. 

Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang jahiliah.

Untuk info dan maklumat yang berguna tentang isu berkhatan bagi wanita ini, bolehlah tgk kt link2 d bwh :




Saturday, 17 December 2011

KiSaH BeNaR : TRAGEDI TUNGKU MODEN

Sedang saya beronok-ronok blogwalking, saya terjumpa n dengan sengaja membaca 1 blog ni.. 
"kasih kami tiada penghujung"
[ http://fiezwan-syakil.blogspot.com ].

saya scroll ke bawah n terbaca tajuk yg menarik mata saya, tentang tungku moden yang dipakainya..bukan nak kondem tungku moden, tapi menjadi pedoman bersama-sama agar berhati2 menggunakannya..jom kita baca: 
[ pss..minta izin ye tuan punye blog..]
"...Aku percaya ramai gak diluar sana pengguna tungku moden ni. Sebab senang dan praktikal kan. Aku jugak salah seorang yang membeli tungku ni sebabnya aku mmg tak de tungku besi or batu. Tapi aku yang aku sangat kesalkan kerana alat moden ni la anak aku yang jadi mangsanya..

Tak dinafikan setiap barang yang dijual msti dah diuji selamat sebelum dipasarkan. Aku jugak percaya tungku ni ada ciri2 keselamatan tapi mungkin nasib aku kurang baik sebab dapat alat yang defect atau rosak. Akibatnya anak sendiri menjadi mangsa.

Citernya macam  ni. Kejadian berlaku hari ketiga aku berpantang. Pagi2 aku arahkan mr hubby panaskan tungku tue mean chargekan la sebab aku nak bertungku. Umah aku  ni plug semua kat bawah so charge dekat bawah la. Syakil lak baring minum susu tak jauh dari tempat charge tue. Kalau ikut arahan tunggu lampu biru baru tutup. Tapi aku tengok alat tue kembong semacam jer. Baru jer aku gtau mr hubby mintak syakil bangun takut terkena tungku panas tetiba benda alah tue leh meletup. Makanya air panas memancut kuar terkena Syakil. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku masa tue. Nasib tak kena muka tapi banyak gak tempat yang kena. kalau kita kena air panas sket pun tahu macam ner rasanya ni kan pulak budak.

Lepas kena mr hubby terus siram Syakil dengan air sejuk n bawa ke klinik. Dr sahkan burn tahap pertama tapi bagi aku teruk jugak. Kawasan yang kena kepala, bahu, belakang tengkuk n tangan. Seminngu gak la dia dok menangis n tak nak mandi. Mmg dugaan dalam pantang.

Kesimpulannya even alat yang korang beli tue mmg ok dan tak rosak tapi bagi aku tetap ade bahayanya. Bayangkan kalau tetiba masa tengah tungku kat perut, alat tue pecah dah kena lak baby kat sebelah. Allahuakbar tak dapat aku nak bayangkan. So kenalah berhati-hati pas ni. Parut Syakil masih lagi tak hilang sampai skang ni..."



Wednesday, 14 December 2011

DAH SIHAT KE?

Hi semua..!

alhamdulillah, dapat jugak saya update blog hari ni. Saya nak sambung entry tentang my baby yg demam sekam hari tu.

Qisya sihat dah..kalau nk tau, dia naik ruam2 merah kecik2 je, n petang lepas amik dari umah babysitter tu, semua dah ilang, bersih dah badan babyku itu..xda ruam merah lg!
 bersyukur sgt..takut2 lama pulaak n melarat sekam dia tu. yela, ibu dia ni pun xpernah kena demam campak lg..huhu..
  


 nak tau macam mana bleh cepat baik? ha..ni la yg saya kata i really appreciate and thankful to have a very caaring n responsible babysitter! betull... makcik Pah kami tu sgt la baik, dia layan Qisya mcm cucu sendiri..lgsung x berkira..even saya call siang tu tanya keadaan qisya, dia kata xpe, dia nak bawa qisya pergi amik air tawar buat mandi. dia sendiri yg bawa pergi. she said, dia buat air tawar buat mandi qisya. selain ittu, saya pun meluahkan rasa risau cucu beliau yg lain akan berjangkit, but she told its ok, kalau nak kena pun, xpayah tggu qisya sakit pun kena juga..memang petang tu qisya dah senyum macam biasa, activ lebey cam selalu..hehe. saya sgt la gumbira..!! 

Qisya sayang, dah sihat dah..!!

Sunday, 27 November 2011

RUAM = DEMAM SEKAM?

24 NOVEMBER 2011

hari khamis, sejak pagi tu, dalam pukul 10, saya dikhabarkan tentang keadaan qisya yang tiba-tiba demam.  yup,  hari sebelum tu,  rabu,  qisya baru sahaja mendapatkan suntikan pada usia 6 bulan.  tapi, nurse kata suntikan kali ni tidak demam.  ubat demam pun tidak diberi.  jadinya, saya tak la dibimbangi akan keadaan dia hari tu, dan dengan senang hati berada di opis..

but ptg selepas pulang dari kerja tu, encik suami kata qisya demam.  hati saya mulalah naik risau.. suam2 badan dia,  Qisya pun nampak x selesa,  x sihat.. tak bertenaga mcm biasa.  esoknya kami pulang ke kampung.  saya n qisya sahaja ye,  en suami ada kursus di sg petani.

siang hari dia ok lg,  mlm tu badan dia naik panas seluruh badan.. saya mula worried.. sejak ptg lg saya dah tuam qisya dgn air daun bunga buatan my mil.. tp dlm pukul 5.00 pagi tu,  tuam menuam tak jalan dah.. aduh.. ibu takut ni.. panas sgt nii..!!  saya pun bgnkan mil bgtau qisya panas,  tp my mil kata takpa.. xpanas sgt ni..biasa la baby cmni..asalkan kepala dia jgn panas.  mana taknya, dari mlm sampai pg keje saya menuam je..risau gk la saya,  x penah rasa panas mcm ni.. my mil kata jgn berhenti tuam kepala dia.. ubat demam saya beri mlm tadi pun x jalan.. pagi tu kami bawa qisya pergi klinik terdekat.  doc bagi ubat demam + antibiotik.

qisya stil macam td jugak, merengek2.. xsedap duduk.. sampai saja di rumah,  kami sempat beri ubat demam saja sebab qisya dah mengamuk. bg ubat pun dia lelehkan kuar balik.. tp masuk gk la ckit.. pastu ttrus tidur... zzz dalam half an hour qisya bangun n saya rasa badan dia dah sejuk ckit.. demam pun rasa kebah dah. ALHAMDULILLAH.. ibu rasa lega sgt..

tp yg hairannya, qisya still merengek2 lg, [ tapi sudah mampu tersenyum dan bermain] and dia berak sgt kerap hari ini. najisnya pun agak berketul mcm tanah liat tapi warna kuning. dia buang air besar ckit2 tapi kerap, sampai merah punggungnya.. baru kami perasan, ada ruam2 kecil pada wajah dia,  di leher n punggung dan celah peha.. pada mulanya bawah mata sebelah kiri yg merah.saya igt ketumbit,  tp mak kata bukan..my mil syak demam sekam.. masalahnya, saya sendiri tak paham apa itu demam sekam.. huhu..  mcm mana ni.. Qisya nampak sgt x selesa..

Friday, 7 October 2011

BABY QISYA BATUK & KAHAK, MACAM MANA NI?

HARI NI SAYA SEDAR QISYA SUDAH BATUK2. BARU JE KENA PTG NI. MUNGKIN JANGKIT DARI AYAH DIA.(CIAN AYAH N BABY..). SAYA TAU MCM MANA NAK UBAT N ELAKKAN SELESEMA JD MAKIN TRUK, TP WHEN COMES TO BATUK, SAYA BUNTU..SO SAYA N HUBBY YG SEDANG ONLINE TU PUN SEARCH INTERNET FOR INFO. KAMI MASUK SATU RUANGAN FORUM, N RATA2 MENYARANKAN GUNA MADU.
BUT AS I KNOW, BABY UNDER 12 MNTHS CANNOT BE GIVEN HONEY. INI ANTARA SEBABNYA YG SAYA JUMPA:
Di dlm madu ada bacteria jenis lain jika cara ia 'dihandle' is unhygienic...but yg menyebabkan infant botulism is Clostridium botulinum (C. botulinum) type. It is not whether madu tu asli or tiruan yg menyebabkan infant botulism. Madu asli is raw honey, right, yg x ditambah apa2 n totally unprocessed..Ironiknya dlm madu asli lah C. botulinum plg mudah dijumpai!

C. botulinum sememangnya terdapat dlm madu. Bakteria jenis ini amat merbahaya krn ia menghasilkan spora.hanya dlm keaadan acidity yg tinggi, nisbah gula terlarut yg tinggi, paras oksigen yg tinggi dan kelembapan yg rendah boleh merencat pertumbuhannya.It takes 25 minutes at 100 degree C to kill these types of bacteria!

Infant under 12 months x boleh diberi madu because of their low acid digestive system, yg mana x mampu membunuh C. botulinum. Umur lebih setahun x ada masalah.
MCM MANA? SEBELUM NI SAYA ADA DGR ORG TUA2 SUH BG MADU KT BABY. REASON SAYA TAK PASTI. ANTARANYA UNTUK MENGUBATI BATUK N KAHAK MUNGKIN..TP INILAH HAKIKATNYA..JGN BERI ANAK ANDA MADU UNTIL LEPASI USIA  12 MONTHS.
YG NI PULAK ILMU YG SGT BERGUNA N SIMPLE UNTUK DIPRAKTIKKAN BAGI MENGURANGKAN BATUK N KAHAK. MUDAH, MURAH N CEPAT! INI MERUJUK KEPADA PAKAR FISIOTERAPI DARI PUSAT PERUBATAN. JOM KITA BACA & CUBA!
[BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri. Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas. Masalah ini lebih mudah diatasi sekiranya mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.
Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru. "Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri”. Berdasar pengalamannya selama lebih 7 tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm. "Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.
"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.
 "Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.
TEKNIK TEPUKAN
1)       sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
2)       pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal.
3)       Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
4)      Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
5)       Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.
Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada  bahagian dada.
- Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.
- Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut.
- apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.
- Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.
          "Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui    prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.
          Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.
         Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

sumber : utusan.com.my