Smartphones? Telepon bijak,
eh..telepon pintar..hebat jek bunyiknye kn? Yang saya dengar sekarang tentang
telefon pintar ni ada android, whatapps, yang ntah hape gunanya pun saya tak
tahu. Yang saya tahu bila guna telefon ni hanyalah untuk call dan message
sahaja.
Kalau nak tahu, sebelum-sebelum
ni saya pakai handphone bekas-bekas orang je, atau the other word called secondhand
bila encik husben berbunga-bunga nk beli handphones canggih-manggih. Jadilah saya
waris telekomunikasi yang dah kembang kena gigitan dan air liur si Qisya. Walaupun
ada camera dan macam-macam lg fungsi canggih, tapi saya tidak pernah terpanggil
untuk gunakan fungsi lain selain mesej dan call. Tak tahulah kenapa, (tapi tahu
rasanya=malas) mungkin ianya belum penting lg buat saya. nak internet
connection? Saya bukak fb pun taktau nk buat apa, tgk2 status orang je. Pastu boring.
Blogwalking adalah kegemaran saya, tapi blogwalking hanyalah untuk suka2, buat
apa nak membazir sambung internet kt phone. Main game? Buang masa je, tak masa
nak main pun dan mengabihkan bateri saja. Nak berlagak? Kering poket saya kalau
nak berlagak je..sedar diri ini sudah..sob, sob..
Namun, kenapa sekarang
baru nak sibuk menggedik-gedik nak guna smartphones? Langkah kearah kehidupan
yang lebih positif dan Berjaya pemangkin tindakan kita. Saya memerlukan smartphones
untuk kelancaran saya berhubung dengan pelanggan yang rata2 menggunakan
tenologi internet di hujung jari anda.kihkihkih! nampak sangat saya ni
ketinggalan zaman.hihi. kalau dahulu fungsi telefon pada saya amat limited,
namun sekarang saya tahu kenapa saya perlukannya, dan dengan melabur membeli smartphone
yang mencecah 4 angka tu, saya akan dapat pulangan yang lebih baik! Selain itu,
perkhidmatan kita bersama pelanggan dapt dipertingkatkan. Di samping membantu
meningkatkan perniagaan kita, dapat juga eksyen dengan hanphones canggih kn? Sebelum
ni tak mahu ambil tahu fungsi2 lain sebab tidak memerlukannya, namun sekarang
sibuk belajar bermacam2 teknologi canggih masakini. Semuanya demi bisnes lebih
maju. Menarik bukan?
