Showing posts with label DiAri kAMi. Show all posts
Showing posts with label DiAri kAMi. Show all posts

Wednesday, 28 November 2012

DAKU TIDAK BOLEH BERJAUHAN DARIMU..

Semalam keluarga mertuaku bermalam di rumah kami. mereka bukan tinggal jauh sgt pun. selalunya tak tidur pun. Tapi disebabkan mereka baru sahaja pulang dari menziarahi saudara mara di KL, singgah sebentar di rumah kami. Sebenarnya, kereta keluarga mertua saya dihantar ke bengkel kerana kemek dilanggar bahagian bonet. Padahal baru saja lepas servis pagi tu, yang langgar tu pun Hilux..tau-tau sajalah apa jadi kat kereta saga.

Nak dijadikan cerita, terpaksalah keluarga mertua saya menggunakan kereta suami saya. Jadinya tinggal satu kereta sahajalah. Sebelum ini 1 kereta saya bawa ke pejabat kerana perjalanan saya jauh. Lesen motor pun takde. Suami akan bawa keretanya untuk ke pejabat dan hantar cik Qisya ke rumah pengasuhnya kerana satu hala perjalanan.

Sebenarnya saya nak cerita  yang masa mertua saya mahu pulang ke rumah mereka, cik cicha pun sibuk nak ikut. Bila di acah 'Tok nak balik dah..' dia pun siap-siap amik selimut, botol susu & turtle dia. pergi kat pintu kononnya sampai la nak tekan tombol tu.. sambil pokpek 'pat aa..!' atau bahasa kita disebut cepat la..!. lepas tu tok wan dia angkat dia dan bawak masuk kereta, seronok bukan main. qisya mcm nk sgt ikut, bila saya ajak masuk, dia tak mahu. mertua saya cadang nak bawak balik je dia. tp ibunya tak setuju. Bukan apa, qisya masih lagi menyusu badan malam-malam, tak biasa lagi tak tidur dengan saya...

dan yang sebenar-benarnya....

saya tak boleh tidur jauh dari dia! tak boleh bayangkan berjauhan dgnnya, terutama malam2. mesti nak peluk2 duduk bawah ketiak ibu. peluk selimut dan turtle dia adalah perkara wajib. macam mana saya nak berjauhan dgn dia? belum lagi masanya.. tunggu qisya besar sikit ek..





BILA CIK QISYA PANDAI JALAN

Bila tengok cik qisya ni berlari keliling rumah, sambil cakap "layi, layi,,wuuhu..!" sambil sebelah tgn macam org tgh gergaji atau atlit tgh fokus lari 100 meter tu, teringat pulak saya masa memula dia baru pandai jalan n lari & jatuh bergilir-gilir. kelakar pulak setiap kali tgk balik video tu. hihi.

masa tu qisya baru je pandai jalan, start bertatih masa umur 11 bulan dan dh boleh jalan elok cukup setahun. kami pergi menghadiri jemputan perkahwinan kawan baik saya masa sama2 belajar di UIA dulu. Fitri Salwa nama dia. masa kenduri tu, qisya baru je masuk 1 tahun. kami pergi masa akad nikah di masjid terdekat sambil bawa si kecik ni la. yela takkan nak tinggal kot.hihi. masa majlis akad nikah tu, ramai la budak2 kecik sedara -mara fitri saya rasa berlari-lari main kt dalam masjid tu. budak-budak, tahu jela.. si cik qisya? uihh.. sibuk jugakla dia, padahal awak tu la yg paling kecik sekali. jom tengok video yg sempat saya rakam masa tu.



Saturday, 22 September 2012

HOW TO BE A GOOD ORGANIZER?

Or should i say A MOTHER? Yes, a mother is the best organizer. She organizes her husband, her children, their family financing, the house, and even their pet although the pet is not hers. Doesn’t it true?

Saya amat kagum dengan ibu-ibu sekalian yg sangat peka dan hebat dalam menguruskan rumahtangga. Bila kita berkunjung ke rumah mereka, buka pintu saja sudah ada bauan segar, mata yg sedap memandang kekemasan ruang tamu yg dihias indah, kecantikan warna dinding yg memukau, hiasan2 yg kemas tersusun, mahupun kedudukan perabot yg amat cantik.

Wahh.. hebatnya wanita ini! Bisik hati kecilku. Sudahla ada anak kecil, tetapi rumah terhias rapi.
Ya, saya sedang mengumpul strategi mental dan emosi untuk memastikan keadaan ‘rumahtidakbertangga’ (rumah saya setingkat saje) dan penghuni rumahnya sentiasa dalam keadaan selesa, serta tetamu yg coming sedap mata memandang ke arah rumah kami.

Sesetengah orang akan berpendapat bahawa wanita tersebut adalah suri rumah sepenuh masa, jadi tidak hairanlah, kerana sentiasa ada di rumah. Tetapi pada saya, di rumah adalah lebih berisiko untuk memastikan rumah indah nian kerana anak2 sentiasa ‘membantu mengemas’ berbanding bekerja kerana anak haruslah telah dihantar ke babysitter/nursery. So, rumah tidak terusik. Cumanya, si isteri kurang masa yg dapat diperuntukkan untuk mengadun rumahku syurgaku.

Ya, alasan.

Ok, saya cuba untuk tidak lg memberi alasan. Semua perkara adalah tidak mustahil. Kita yg menggerakkan minda dan aktiviti kita sama ada bermanfaat atau tidak.

SAYA INGIN MENJADI IBU YANG HEBAT!

Tak salah kan berimpian begitu? Kenapa tidak katakan ianya adalah angan2? Kerana pada saya ianya bukan angan2, tetapi adalah arah tujuan hidup saya sebagai isteri dan ibu. Bukan lg angan2, tetapi impian dan cita2 yg kuat.

Saya amat kagum dengan ibu dewi rumah (ibu suri rumah) kerana kekuatan dan kecekalan mereka. Mereka idola saya. Ya, saya ingin menjadi dewi rumah. Impian saya untuk mencapai ibu yg hebat.

Suami saya seorang yg bercita2 tinggi dan tetap pendirian apabila mengukir masa depan. Cita2 beliau ingin menyambung sehingga Phd tidak pernah padam, malah semakin bersemangat selepas berkeluarga. Cita2 beliau sebelum ini ingin menjadi pensyarah. Yes, memang dalam bidang tersebut sejurus tamat pengajian. Impian beliau adalah untuk membawa kami kemana sahaja beliau pergi. Saya amat kagum dengan pemikiran ke hadapan beliau. Sentiasa ada sahaja perancangan. Tetapi apabila apa yg dirancang tidak menjadi, beliau agak susah untuk menerima. Di situlah peranan saya, iaitu seorang tidak begitu agresif, tetapi mudah untuk positif dan sgt bersyukur. Saya tidak bercita2 tinggi, cukuplah sekeping ijazah. Bekerja hebat2 pun tidak. Yg penting bahagia. Satu sahaja impian kerjaya saya sebelum ini, GURU. Sebab? Minat. Suami saya sarankan saya sambung belajar untuk menjadi pensyarah, ya, mengajar juga, org kata up sket dari guru. Tapi sekolah tidak sama dengan IPT. Beliau prefer saya berkerjaya. Kerana beliau bercita2 tinggi.

Kerana itu beliau tidak setuju pada mulanya untuk saya tidak bekerja. Saya ingin menjaga anak2 saya dengan tangan saya. Ya, memg tidak perfect, tapi lain orang lain caranya. Cuma beri saya masa dan ruang mendidik sendiri anak saya. Pengasuh? Saya amat bersyukur mempunyai pengasuh yg dianggap seperti keluarga sendiri. Mereka sgt banyak membantu. Juga tidak mengongkong cara saya. Tetapi apabila anak saya besar nanti, saya risaukan rutin harian mereka. Kemana mereka akan pergi selepas selesai waktu persekolahan apabila kami tiada dirumah? Dgn siapa mereka berkawan? Sepanjang hari kami tiada dgn mereka. Saya takut dengan gejala sosial yg semakin parah. Biarlah mereka membesar di depan mata saya.

Tetapi apabila diceritakan kisah2 kejayaan wanita dewi rumah ini, beliau mula memahami niat saya. Tetapi bukan untuk masa terdekat katanya. Ya, saya faham. Kami perlu teguh dahulu. Even saya bukan ingin duduk di rumah saja2. Saya juga ingin Berjaya. Bekerja dari rumah. Cuma buat masa tidak nampak lg jalannya.

Ya Allah, tunjukkanlah. Permudahkan jalan niat hati kami. Engkaulah pemberi kemudahan dan Kejayaan. Insyaallah.

Tuesday, 10 July 2012

OUTSTATION = ROBOCON --> TERENGGANU

Salam  sejahtera blogku yg tersayang..berbicara dgn blog jela, bukan ada reader pun..huw..huw..


mulai hari esok iaitu 11hb julai 2012 hingga 18 julai 2012 suamiku akan outstation ke Terengganu bagi menghadiri event Robocon. Huw..huw..pastinya kami dua beranak tak dapat ikut..bcoz it is job, not makan angin..dia pergi pun dengan kawan2 tempat keje, atas dasar keje..aku teringin gak nk g Terengganu..nk g pulau-pulaunya yang cantik tu..tengoklah suatu hari nanti..insyallah..


Monday, 2 July 2012

JALAN-JALAN KUALA LUMPUR

Hari ni agak memboringkan di ofis, bukan tiada kerja, tetapi mungkin juga disebabkan suasana baru yang terpaksa saya lalui sementelahan ofis renovation yang berpanjangan..nak blogwalking pun xda mood hari ni..nak shoppping online, budget lari plak bulan ni nanti. yela, bulan puasa x lama lg, so kami sefamily bercadang untuk balik ke kampung saya di perak. mungkin juga hari saya agak boring hari ini kerana tidak makan..haha! makan adalah rutin harian di ofis. ngupngap je kejenya..hari ini saya puasa, bukan puasa ganti, tetapi puasa untuk membiasakan diri menempuh bulan ramadhan yang bakal tiba nanti. orang kata bagi perut rehat, nanti terkejut pulak. 

tengah rajin-rajin update n mengarang blog ni, saya kepilkan gambar semasa kami berjalan-jalan ke KL bulan 5 yang lepas. sebenarnya saya mengikut suami atas dasar kerjanya..Mr suami ada pameran untuk projek kajian master nyer.. jom scroll gambar2 ni..


Punyelah seronok naik school bus - toytown ni, sampai bila abis x mo turun.


ni gaya tamak haloba --> dua2 stereng dia nak  handle.


anakku yg bakal angkasawan wanita malaysia!


yg ni qIsya takut plak nak naik..ibu terpaksa melarikan diri bersama tangan dihulur tanda langkah berjaga2. malu2 nak enteprem..hehe.


asyik dok dalam troli tu je, qisya teringin nk jadi tukang drive troli, namun si ayah xmampu untuk menggantikan tempat si anak untuk menjadi si penumpang. 


aksi suka melekat di dinding. nampak sudut2 tersembunyi, aman, lapang n dinding saja, akan menjadi tempat landing si anak.


cukup teruja melihat kereta ini, sambil menjadi model tak berbayar.


model projek ayah tercinta. cukup suka lepak dalam ni, namun apakan daya, sudah tidak muat untuk si anak.


 keletihan yang teramat sangat rupanya si anak ini..kerana itulah beliau agak menunjuk perasaan sebelum ini. tertidur di bahu ibu, bersama makanan masih di dalam mulut, tidak habis dikunyah.

Saturday, 14 April 2012

CERITERA DUKA + SUKA

Segala persoalan, kemusykilan, keraguan dan kewas-wasan telah terjawab..
Ini merujuk kepada entry saya sebelum ini tentang kesihatan saya tempoh hari.
Period yang lama bukan kerana penyakit, tetapi adalah kerana keguguran yang saya sendiri tidak sedari..

Patutlah sakit perut yang saya terangkan hari itu terasa lain macam..
Berlakunya perkara ini kerana saya sendiri tidak sedari yang saya mengandung dek kerana terlalu over-confident yang kami telah pun membuat langkah berjaga-jaga dengan selamatnya..

Bukan rezeki orang kata..saya redha..

Saya diberi mc selama 10 hari dan tarikh 12 April ini saya kembali bekerja..sonoknya berehat di rumah. Orang kata berpantang kerana keguguran dalah lebih ketat daripada berpantang bersalin. Namun, kali ini saya berkeras dan bertekad untuk duduk di rumah sendiri shj. Yela, dulu berpantang tak boleh byk bergerak kerana menjaga jahitan. Sekarang ringan sikit kerana boleh bergerak bebas, tapi masih tidak boleh membuat kerja berat. Makan pun lebih tenang..dulu makan nasi kosong dengan ikan haruan rebus atau ikan kering yang dibakar..huhu..seksa bagi saya. Minum pun air kopi sahaja..

masa saya duduk sendiri di rumah, saya masih lagi menjaga pantang, namun masih mampu membuat kerja lain termasuklah melepaskan gian saya kepada cinta hati saya...mesin jahit brother nv50! Selama di rumah sempat juga saya menyiapkan projek yang lama tertangguh dalam minda saya seperti coin pouch, beg untuk lunch dan dress untuk qisya yg super cute!!! Gembira dan bangga dengan diri sendiri kerana mampu akhirnya menyiapkan dress untuk si tecik itu.

Photo dress tu dah diambil, tapi gambar xclear kerana ketidakcanggihan camera hp tersebut..hehe. xpe, saya kepilkan gambar cinta hati saya ni dulu ek..dah berkurun menginap di rumah saya ni.
 ni dia mesin jahit auto brother nv 50 yg saya idamkan telahpun dimilikii!!

yg ni projek altered baju lama qisya.

 yg ni pulak buat sarung baru untuk walker budak tecik kt bwh ni.

ni nk menyelit ckit gambar2 lama kami semasa bersiar2 dan berposing-posing.

qisya with her daddy's kopiah. sgt suka main kopiah ayah dia skrg ni.

 aksi  tidur....zzzzz....

 aksi rimas...

 aksi langkah pertama merangkak..tercipta sejarah mula merangkak di masjid putrajaya pada usia 9 bulan (bulan JAN 2012 semasa family day abu bakar enggok kali pertama).

 yeah...!!dah boleh merangkak!!

 bersama bff - YANNA since secondary school..muka anak kami sama kn?

 aksi black specky.

 aksi pelamin pengantin.

 bersiar waktu petang di padang politeknik pauh sambil tgk ayah main basketball (2 orang kecik kt blkg tu).

Saturday, 11 February 2012

HARI-HARI CUTI HUJUNG MINGGU

Hari jumaat yang lalu saya dengan tekadnya menghantar Qiss ke umah pengasuh gara-gara nak kemas rumah. (konon2 rajin n Qisya asyik 'tolong kemas' jee..)
Yup, tenang dan puas hati, dapat jugak menghobikan diri bersama ahli baru rumah kami--innov is nv50..
dapat jugak siapkan sehelai gown untuk Qisya! sonoknye!
Tiba2 petang tu rasa sunyi pulak..rindu..huhu (baru tau rindu kt anak)
Sampai je suami n Qisya kt umah, terus terkam budak tecik tu!!..lalala ---

Malam pulak g shoping kt C-Mart sebelah umah tu. (yela, dapur dah bersih..bersih dgn suma barang dah licin..huhu)
Jalan-jalan beli barang, beli juga la barang untuk buat biskut batik. (org lain panggil kek batik, tapi saya nak juga pgil biskut batik coz biskut saya tak dimasak mcm kek pun. xkira, nak pgil biskut juga)
Encik suami nak bawak opis, jamu kawan2 dia katanya..
Qisya?
Hmm..gembira bergoyang2 kaki dalam troli, 
tangan mencapai apa saja yang menghampiri, kiri kanan depan belakang dan tepi,
tak larat nak layan, lantak pi...hihih


Hari sabtu pulak hari melepak bersama Qisya.
Ayah pegi keje, ada kelas lagi..petang baru balik..
Ayah besenya akan kol tengahari tu untuk pesan saya supaya makan..(haha, makan pun payah? mana ada diet..xda selera je hubby xada..hehe..ngengade!)
Tahap hari bemalas-malasan saya sampaikan buat bubur untuk Qisya, sekaligus lunch untuk saya. (paham x kalian?)
Apa yang Qiss makan, itulah yang saya juga makan. (ibu pun makan bubur? haha)
Qisya lg?
Baik tak terkata la hari ni..
tak merengek, main dengan gembira dan senang hati.
tapi xboleh la g jauh dari mata dia, mula nak uwaaa...!
oleh itu, saya membuat keputusan untuk tidak kemana2..(alasan untuk tidak berbuat apa2, boleh bg alasan ni kat hubby nanti)
lewat petang tu ibu ngntuk giler..sampai terlelap juga, risau jugak qisya kalau x tengok2 dia..jatuh ke, makan benda bukan2 ke..
tapi bila saya tersedar dr lelap td, 
dia sedang seronok berbual dengan almari cermin dekat tv tu..sambil ketuk2..
huhu..lega..boleh berdikari dah rupanya..
hati ibu sgt gembira..