Wednesday, 28 November 2012

DAKU TIDAK BOLEH BERJAUHAN DARIMU..

Semalam keluarga mertuaku bermalam di rumah kami. mereka bukan tinggal jauh sgt pun. selalunya tak tidur pun. Tapi disebabkan mereka baru sahaja pulang dari menziarahi saudara mara di KL, singgah sebentar di rumah kami. Sebenarnya, kereta keluarga mertua saya dihantar ke bengkel kerana kemek dilanggar bahagian bonet. Padahal baru saja lepas servis pagi tu, yang langgar tu pun Hilux..tau-tau sajalah apa jadi kat kereta saga.

Nak dijadikan cerita, terpaksalah keluarga mertua saya menggunakan kereta suami saya. Jadinya tinggal satu kereta sahajalah. Sebelum ini 1 kereta saya bawa ke pejabat kerana perjalanan saya jauh. Lesen motor pun takde. Suami akan bawa keretanya untuk ke pejabat dan hantar cik Qisya ke rumah pengasuhnya kerana satu hala perjalanan.

Sebenarnya saya nak cerita  yang masa mertua saya mahu pulang ke rumah mereka, cik cicha pun sibuk nak ikut. Bila di acah 'Tok nak balik dah..' dia pun siap-siap amik selimut, botol susu & turtle dia. pergi kat pintu kononnya sampai la nak tekan tombol tu.. sambil pokpek 'pat aa..!' atau bahasa kita disebut cepat la..!. lepas tu tok wan dia angkat dia dan bawak masuk kereta, seronok bukan main. qisya mcm nk sgt ikut, bila saya ajak masuk, dia tak mahu. mertua saya cadang nak bawak balik je dia. tp ibunya tak setuju. Bukan apa, qisya masih lagi menyusu badan malam-malam, tak biasa lagi tak tidur dengan saya...

dan yang sebenar-benarnya....

saya tak boleh tidur jauh dari dia! tak boleh bayangkan berjauhan dgnnya, terutama malam2. mesti nak peluk2 duduk bawah ketiak ibu. peluk selimut dan turtle dia adalah perkara wajib. macam mana saya nak berjauhan dgn dia? belum lagi masanya.. tunggu qisya besar sikit ek..





No comments: