Or should i say A MOTHER? Yes,
a mother is the best organizer. She organizes her husband, her children, their
family financing, the house, and even their pet although the pet is not hers. Doesn’t
it true?
Saya amat kagum dengan ibu-ibu
sekalian yg sangat peka dan hebat dalam menguruskan rumahtangga. Bila kita
berkunjung ke rumah mereka, buka pintu saja sudah ada bauan segar, mata yg
sedap memandang kekemasan ruang tamu yg dihias indah, kecantikan warna dinding
yg memukau, hiasan2 yg kemas tersusun, mahupun kedudukan perabot yg amat
cantik.
Wahh.. hebatnya wanita ini! Bisik
hati kecilku. Sudahla ada anak kecil, tetapi rumah terhias rapi.
Ya, saya sedang mengumpul
strategi mental dan emosi untuk memastikan keadaan ‘rumahtidakbertangga’ (rumah
saya setingkat saje) dan penghuni rumahnya sentiasa dalam keadaan selesa, serta
tetamu yg coming sedap mata memandang ke arah rumah kami.
Sesetengah orang akan
berpendapat bahawa wanita tersebut adalah suri rumah sepenuh masa, jadi tidak
hairanlah, kerana sentiasa ada di rumah. Tetapi pada saya, di rumah adalah
lebih berisiko untuk memastikan rumah indah nian kerana anak2 sentiasa ‘membantu
mengemas’ berbanding bekerja kerana anak haruslah telah dihantar ke
babysitter/nursery. So, rumah tidak terusik. Cumanya, si isteri kurang masa yg
dapat diperuntukkan untuk mengadun rumahku syurgaku.
Ya, alasan.
Ok, saya cuba untuk tidak lg memberi
alasan. Semua perkara adalah tidak mustahil. Kita yg menggerakkan minda dan
aktiviti kita sama ada bermanfaat atau tidak.
SAYA INGIN MENJADI IBU YANG
HEBAT!
Tak salah kan berimpian
begitu? Kenapa tidak katakan ianya adalah angan2? Kerana pada saya ianya bukan
angan2, tetapi adalah arah tujuan hidup saya sebagai isteri dan ibu. Bukan lg
angan2, tetapi impian dan cita2 yg kuat.
Saya amat kagum dengan ibu dewi
rumah (ibu suri rumah) kerana kekuatan dan kecekalan mereka. Mereka idola saya.
Ya, saya ingin menjadi dewi rumah. Impian saya untuk mencapai ibu yg hebat.
Suami saya seorang yg bercita2
tinggi dan tetap pendirian apabila mengukir masa depan. Cita2 beliau ingin
menyambung sehingga Phd tidak pernah padam, malah semakin bersemangat selepas
berkeluarga. Cita2 beliau sebelum ini ingin menjadi pensyarah. Yes, memang
dalam bidang tersebut sejurus tamat pengajian. Impian beliau adalah untuk
membawa kami kemana sahaja beliau pergi. Saya amat kagum dengan pemikiran ke
hadapan beliau. Sentiasa ada sahaja perancangan. Tetapi apabila apa yg
dirancang tidak menjadi, beliau agak susah untuk menerima. Di situlah peranan
saya, iaitu seorang tidak begitu agresif, tetapi mudah untuk positif dan sgt
bersyukur. Saya tidak bercita2 tinggi, cukuplah sekeping ijazah. Bekerja hebat2
pun tidak. Yg penting bahagia. Satu sahaja impian kerjaya saya sebelum ini,
GURU. Sebab? Minat. Suami saya sarankan saya sambung belajar untuk menjadi
pensyarah, ya, mengajar juga, org kata up sket dari guru. Tapi sekolah tidak
sama dengan IPT. Beliau prefer saya berkerjaya. Kerana beliau bercita2 tinggi.
Kerana itu beliau tidak setuju
pada mulanya untuk saya tidak bekerja. Saya ingin menjaga anak2 saya dengan
tangan saya. Ya, memg tidak perfect, tapi lain orang lain caranya. Cuma beri
saya masa dan ruang mendidik sendiri anak saya. Pengasuh? Saya amat bersyukur
mempunyai pengasuh yg dianggap seperti keluarga sendiri. Mereka sgt banyak
membantu. Juga tidak mengongkong cara saya. Tetapi apabila anak saya besar
nanti, saya risaukan rutin harian mereka. Kemana mereka akan pergi selepas
selesai waktu persekolahan apabila kami tiada dirumah? Dgn siapa mereka
berkawan? Sepanjang hari kami tiada dgn mereka. Saya takut dengan gejala sosial
yg semakin parah. Biarlah mereka membesar di depan mata saya.
Tetapi apabila diceritakan
kisah2 kejayaan wanita dewi rumah ini, beliau mula memahami niat saya. Tetapi bukan
untuk masa terdekat katanya. Ya, saya faham. Kami perlu teguh dahulu. Even saya
bukan ingin duduk di rumah saja2. Saya juga ingin Berjaya. Bekerja dari rumah. Cuma
buat masa tidak nampak lg jalannya.
Ya Allah, tunjukkanlah.
Permudahkan jalan niat hati kami. Engkaulah pemberi kemudahan dan Kejayaan.
Insyaallah.
No comments:
Post a Comment